SEGAMAT – Sebuah keluarga di Jalan Hassan, di sini, terpaksa tabah tinggal di sebuah rumah usang yang tidak mempunyai bekalan air dan elektrik akibat desakan hidup dan faktor kemiskinan.

Mohd Nordin Ahmad, 35, berkata, dia bersama isterinya, Hafizah Yahya, 30, serta enam lagi anak mereka yang berusia di antara dua hingga 14 tahun itu sudah mendiami rumah usang tersebut sejak empat tahun lalu.

“Sebelum ini saya menyewa rumah ini sebanyak RM120 sebulan lengkap dengan bekalan elektrik dan air. Namun selepas tanah rumah ini dijual pada tahun 2014, boleh dikatakan kami hanya menumpang di sini manakala bekalan air dan elektrik pula telah dipotong.

“Keadaan rumah ini pula bertambah uzur apabila hampir keseluruhan kayu telah dimakan anai-anai dan apabila hujan, kami sekeluarga terpaksa menadah air hujan disebabkan bumbung yang telah bocor dan berlubang,” katanya.

Dia ditemui di rumahnya di sini, kelmarin, semasa menerima lawatan mengejut Pengerusi Yayasan Majlis Daerah Segamat (YMDS), Datuk Ayub Rahmat; Adun Buloh Kasap, Norshida Ibrahim, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal Segamat setelah mendapat maklumat yang viral di laman sosial facebook mulai malam kelmarin.

Menurutnya, dia yang mempunyai penyakit asma dan tidak mempunyai pekerjaan tetap juga terpaksa membuat pelbagai jenis pekerjaan bagi menampung keluarganya selain empat anaknya yang masih bersekolah.

Katanya, anak sulungnya, Siti Noratasha, 14, juga merupakan orang kelainan upaya (OKU) kerana tidak boleh berjalan dan merupakan pelajar pendidikan khas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gemereh, di sini, bersama anak keduanya, Siti Nuramirah, 13.

Pengerusi YMDAS, Datuk Ayub Rahmat (dua, kiri) sewaktu melawat keluarga malang tersebut
Pengerusi YMDAS, Datuk Ayub Rahmat (dua, kiri) sewaktu melawat keluarga malang tersebut

“Manakala, anak ketiga dan keempat yang masing-masing berumur lapan dan 10 tahun bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Gemereh dan setiap hari saya terpaksa berulang alik menaiki motosikal empat kali sehari untuk menghantar mereka ke sekolah.

“Isteri pula hanya mengambil upah memipih lada kering di rumah dan pendapatan kami juga tidak seberapa dan hanya cukup untuk memberi anak-anak makan sahaja dan kadang-kala kami terpaksa berlapar kerana tiada wang untuk membeli makanan,” katanya.

Menurutnya, rumahnya juga pernah beberapa kali dipecah masuk oleh individu yang tidak bertanggungjawab dan melarikan barang-barang di dalam rumahnya itu sewaktu ketiadaannya disebabkan keadaan rumahnya yang usang dan tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan,

Katanya, dia juga akan menggunakan lilin pada waktu malam dan terpaksa tidur berhimpit-himpit dalam keadaan tidak selesa bersama anak-anaknya di ruang tamu selain menggunakan tadahan air hujan untuk mandi.

Sementara itu, Ayub berkata, bagi meringankan bebanan keluarga ini, YMDS akan mencarikan sebuah rumah sewa yang baharu kepada keluarga malang ini dengan kos sewa setahun akan dibayar terlebih dahulu oleh YMDS.

Mohd Nordin (lima,kiri) sewaktu menerima kunjungan YMDS, JKM dan Baitulmal di rumahnya semalam
Mohd Nordin (lima,kiri) sewaktu menerima kunjungan YMDS, JKM dan Baitulmal di rumahnya semalam

“Memang keadaan rumah ini agak daif dan pihak JKM serta Baitulmal juga telah melakukan siasatan bagi memikirkan bantuan bulanan yang sesuai untuk keluarga ini selain akan mendaftarkan sebagai penerima e-Kasih,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Mohd Nordin di talian 0177999102 atau menyalurkan sumbangan secara terus ke akaun BSN milik Hafizah bernombor 011341000050927

(Visited 546 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!