SEGAMAT – Seorang ibu tunggal di Felda Redong, di sini, tidak menyangka menerima Faedah Pengurusan Mayat (FPM) daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Segamat meskipun suaminya sudah 11 tahun meninggal dunia.

Roslin Ahmad, 50, berkata, arwah suaminya, Surano Tumiran meninggal dunia pada tahun 2004 ketika berusia 34 tahun dan tidak pernah mengetahui bahawa sebelum ini arwah suaminya itu pernah melakukan caruman dengan Perkeso.

John Riba (tengah) menyampaikan faedah pencen ilat kepada Sakori (duduk).
John Riba (tengah) menyampaikan faedah pencen ilat kepada Sakori (duduk).

“Sebelum ini saya tidak pernah mengambil tahu mengenai Perkeso dan dimaklumkan mengenai pembayaran faedah ini oleh salah seorang rakan yang menghadiri seminar Perkeso di Segamat.

“Saya kemudian melakukan semakan dengan Perkeso dan terkejut apabila suami pernah mencarum dahulu sebelum dimaklumkan pada bulan lalu layak menerima FPM sebanyak RM1,500 walaupun suami sudah 11 tahun meninggal dunia,” katanya.

Menurutnya, dia yang mempunyai empat anak bersama suaminya juga layak menerima faedah pencen penakat kerana anak bongsunya yang berumur 20 tahun kini sedang melanjutkan pelajaran.

Bagi Hamdan Mahmud, 50, berkata, dia yang bekerja sebagai pembaca meter di Tenaga Nasional Berhad (TNB) Segamat layak menerima Faedah Hilang Upaya Kekal (FHUP) selepas terlibat kemalangan jalan raya pada Ogos tahun lalu.

“Ketika kemalangan, saya sedang bekerja dan dalam perjalanan dari Jementah ke Segamat sebelum dilanggar oleh sebuah lori di Sungai Siput, Jementah dan motosikal saya diseret beberapa meter.

“Disebabkan kemalangan tersebut, saya mendapat kecederaan teruk pada kaki kanan dan diberikan cuti sakit selama dua bulan selain tiga bulan bekerja ringan sebelum mula bekerja membaca meter baru-baru ini,” katanya.

Sementara itu, Sakori Muhayat, 58, dari Felda Maokil, di sini berkata, dia yang menghidap diabetes kronik sehingga empat jari kaki kirinya dipotong dua minggu lalu di Hospital Daerah Segamat (HDS) turut layak menerima faedah pencen ilat berjumlah RM1,029 sebulan.

Menurutnya, dia yang sebelum ini bekerja di sebuah kilang biskut di Batu Pahat juga turut menghidap penyakit buah pinggang selain terpaksa menjalani rawatan hemodialisis sejak Ogos tahun lalu.

“Disebabkan penyakit ini saya tidak boleh bekerja lagi dan mujur pemberian pencen ilat ini sedikit sebanyak membantu saya kerana setiap bulan saya terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi terutamanya untuk menjalani dialisis,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Perkeso Segamat, Fauziah Yahya berkata, pihaknya membayar faedah sebanyak RM71,000 kepada enam penerima semalam yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Eksekutif (Operasi) Perkeso, John Riba Marin.

(Visited 583 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!