SEGAMAT – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menggesa majikan yang belum mendaftar perusahaan dan mencarum pekerja mereka supaya berbuat demikian sepanjang tempoh pemutihan yang bermula dari 1 hingga 31 Mac ini.

Timbalan Ketua Eksekutif (Operasi) Perkeso, John Riba Marin berkata, majikan yang mendaftar sebelum tarikh tersebut juga tidak akan dikenakan tindakan kompaun walaupun melebihi tempoh yang ditetapkan.

John Riba (duduk, tengah) bersama kakitangan Pejabat Perkeso Segamat
John Riba (duduk, tengah) bersama kakitangan Pejabat Perkeso Segamat

“Mereka (majikan) juga akan dikecualikan daripada faedah caruman lewat bayar yang bakal dikenakan dan hanya perlu datang ke setiap pejabat Perkeso yang berhampiran untuk mendaftar secara sukarela.

“Sekiranya masih gagal berbuat demikian dan kemudiannya dikesan Perkeso, maka tindakan pengkompaunan dan pendakwaan akan diambil ke atas mereka terutamanya sepanjang Ops Kesan yang akan bermula 1 April nanti,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Pejabat Perkeso Segamat, di sini, baru-baru ini.

Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Perkeso negeri Johor, Jamalluddin Mohammad dan Pegawai Perkeso Segamat, Fauziah Yahya.

Menurutnya, di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, semua majikan yang menggaji seorang atau lebih pekerja dikehendaki mendaftar dengan Perkeso dan mereka yang gagal boleh dijatuhkan hukuman penjara dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Katanya, sehingga 31 Disember 2015, statistik menunjukkan bahawa terdapat sebanyak 499,840 majikan aktif telah mendaftar dengan seramai 6.3 juta pekerja sedang mendapat perlindungan Perkeso.

Pada masa sama, sepanjang tahun 2014, Perkeso telah membelanjakan sebanyak RM2.47 bilion untuk pembayaran pelbagai jenis faedah kepada pencarum atau ahli keluarga pencarum dan mencatatkan peningkatan berbanding tahun 2013 iaitu sebanyak RM2.20 bilion.

“Bagi tahun 2014, pembayaran faedah pencen penakat yang mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak RM834 juta, faedah pencen ilat (RM496) juta manakala faedah hilang upaya kekal sebanyak RM448 juta.

“Bagi tahun lalu, jumlah pembayaran yang dibuat sedang melalui proses audit dan ini bermakna Perkeso telah mengeluarkan jumlah yang besar untuk setiap pembayaran jenis faedah di negara ini,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan kepada semua pencarum supaya tidak membuat sebarang tuntutan palsu kerana setiap tuntutan perlu menjalani satu proses tapisan serta penilaian yang ketat oleh pegawai yang berpengalaman sebelum diluluskan.

Menurutnya, sekiranya tuntutan yang diterima meragukan, kes akan diserahkan kepada Cawangan Anti Fraud Perkeso selain berdepan dengan tindakan tegas dan boleh didakwa di mahkamah di bawah Akta Pertubuhan Kebajikan Sosial Tahun 1969.

(Visited 548 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!