Pelatih Ciast bertukar kemahiran di kampung Orang Asli

LABIS – Seramai 26 pelatih Pusat Latihan Pengajar Dan Kemahiran Lanjutan (Ciast) Melaka berkampung selama tiga hari dua malam di Kampung Orang Asli Tamok, di sini, bagi bertukar kemahiran dengan penduduk terutama golongan belia Orang Asli di kampung tersebut. Pengarah Program, Abdul Qayyum Mahamod, 27, berkata, selain berpeluang memberi pendedahan bidang kemahiran kepada masyarakat Orang … Read more

KGMR berjaya wujudkan pengakalan data generasi muda pekebun kecil

SEGAMAT – Usaha Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) mewujudkan Kelab Generasi Muda Risda (KGMR) pada tahun 2012 telah berjaya mewujudkan pengkalan data generasi muda pekebun kecil khususnya di negeri Johor. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, sehingga 29 Februari 2016, seramai 1,704 ahli KGMR di negeri Johor … Read more

Sukarelawan Kospen dibekalkan komputer riba

SEGAMAT – Kementerian Kesihatan akan membekalkan komputer riba kepada sukarelawan Komuniti Sihat Perkasa Negara (Kospen) bagi membolehkan data-data kesihatan ke dalam Sistem Penilaian Dalam Talian MySihat (MOVeS). Menterinya, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, sukarelawan Kospen yang lebih dikenali sebagai pasukan Gerak Sihat Malaysia (GsiM) juga boleh memasukkan data ke dalam sistem MOVes biarpun ketika … Read more

Resah jambatan berbahaya

LABIS – Keadaan jambatan Sungai Labis berhampiran Felda Chemplak Barat dan Felcra Bukit Kepong di Jalan Labis-Muar, di sini yang sempit serta gelap pada waktu malam boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya tersebut. Seorang penduduk Felda Chemplak Barat, Rosli Salleh, 47 , berkata, selain faktor jambatan yang sempit dan gelap, kedudukannya yang berhampiran selekoh  panjang … Read more

Anggota polis pukul isteri ditahan

SEGAMAT –  Seorang anggota polis ditahan bagi membantu siasatan berhubung video seorang anggota polis  menampar seorang wanita dipercayai isterinya di Pondok Polis Felda Redong,  di sini, yang menjadi viral baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Segamat, Supritendan Mohd Kamil Sukaimi berkata, anggota terbabit yang bertugas di pondok  polis terbabit kini ditahan mengikut Seksyen 18(A) Akta Keganasan Rumah … Read more

Beri peluang kedua kepada bekas banduan

LABIS – Percaya bahawa setiap orang perlu diberi peluang kedua, seorang pengusaha kraf kayu di Pekan Air Panas, di sini, mengambil inisiatif memberi ruang kepada bekas banduan serta penagih dadah untuk bekerja sambil mempelajari ilmu dalam bidang tersebut. Seorang bekas penagih, Ghazali Mohd Ali, 40, berkata, dia pernah terlibat dengan dadah hampir  20 tahun dan … Read more

Maut elak bangkai babi

SEGAMAT – Ketua Pemuda Umno Cawangan Bukit Senggir, di sini, maut dalam kemalangan selepas kenderaan yang dipandunya terbabas selepas cuba mengelak bangkai babi hutan di Kilometer 170 Johor Bahru-Seremban di sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Segamat, Supritendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam, mangsa, Anuar Jantan, 39, yang memandu kenderaan … Read more

Daripada kejuruteraan ke pertanian

LABIS – Siapa sangka seorang wanita yang pernah memegang jawatan sebagai Jurutera Proses Petroleum suatu ketika dahulu kini menceburkan diri dalam bidang pertanian selepas syarikatnya itu mengurangkan jumlah pekerja sejak 10 tahun lalu. Bagi Rozita Mohd Taha, 34, berkata, setelah diberhentikan kerja, dia bertekad menggunakan wang pampasan yang diterimanya untuk menceburi bidang pertanian selepas melihat … Read more

Tidak sangka terima hamper Hari Keputeraan Sultan Johor

SEGAMAT – Seorang guru yang sedang menjaga dua anaknya yang sakit di wad Hospital Daerah Segamat (HDS), di sini, tidak menyangka menerima sumbangan ‘hamper’ sempena Hari Keputeraan Sultan Johor baru-baru ini. Jemmy Husinga, 42, berkata, Isnin lalu, anak bongsunya, Ahmad Mustafa Rohaizal, 2, dimasukkan ke hospital kerana mengalami penyakit asma sebelum diikuti oleh anak sulungnya, … Read more

Anggota Rela didedah ilmu pengurusan jenazah

SEGAMAT – Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) daerah Segamat mahu setiap anggotanya mempelajari ilmu-ilmu baharu agar peranan mereka di dalam masyarakat dan komuniti setempat terus relevan. Pegawai Rela Segamat, Penolong Pesuruhjaya Rela Mohd Arrashidy Amran, berkata, nilai tambah tersebut juga termasuk mempersiapkan diri semua anggota untuk berkhidmat kepada masyarakat termasuk pengurusan jenazah. “Sebagai mata dan telinga kerajaan dalam aspek keselamatan, … Read more