Ibu bapa autisme perlu ketengahkan anak

SEGAMAT – Ibu bapa di negeri ini yang mempunyai anak autisme seharusnya tampil kehadapan bagi membolehkan anak mereka diberi rawatan dan pendidikan khusus selaras dengan penyakit yang dihidapi oleh mereka. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, ini kerana beliau mendapati ada di antara ibu bapa penghidap autisme yang malu untuk … Read more

Kajian untuk lihat masalah penyakit mata kanak-kanak di Malaysia

SEGAMAT – Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Pusat Kajian Komuniti Asia Tenggara (Seaco) sedang menjalankan satu kajian penyakit mata kanak-kanak di taman bimbingan kanak-kanak (Tabika) di daerah ini. Pakar Perunding Kanan Oftalmologi (Pediatrik) Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr A Joseph berkata, buat masa sekarang, pihaknya sedang dalam proses mengumpul data melibatkan lima kawasan mukim di daerah … Read more

Amil perlu jadi individu pertama bantu

SEGAMAT – Majlis Agama Islam Johor (Maij) mahu amil-amil yang dilantik di negeri ini bertindak sebagai individu pertama yang menyalurkan bantuan kepada mangsa musibah dan asnaf di kawasan mereka. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Rofiki Shamsuddin berkata, amil-amil ini juga boleh dianggap individu terpenting kerana mereka merupakan golongan yang menguruskan dua tanggungjawab asas iaitu mengutip dan … Read more

Pelatih PDK dinobatkan Tokoh Autisme

SEGAMAT – Seorang pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Nurkasih, Felda Pemanis, di sini, yang juga penhidap autisme dinobatkan sebagai Tokoh Autisme peringkat daerah Segamat. Mohd Azmeer Ithnin, 26, berkata, dia mula dikesan menghidap penyakit tersebut ketika berusia dua tahun selepas mengalami deman panas sehingga menjejaskan pertuturan dan perkembangan mindanya. “Ketika itu, saya mula mengalami … Read more

Tragedi ribut waktu Maghrib

SEGAMAT – Angin kencang beserta hujan lebat yang melanda daerah ini petang semalam mengakibatkan beberapa buah rumah kedai dan rumah peneroka di Felda Pemanis 1 dan Felda Pemanis 2, di sini, mengalami kerosakan. Salah seorang mangsa, Mohd Hashim Maharan, 63, berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, dia bersama isterinya, Tijah Germinah, 55, sedang … Read more

Orang Asli dakwa rugi RM50,000

LABIS – Seorang Orang Asli di sebuah projek rancangan semula (PRS), di sini, mendakwa kerugian kira-kira RM50,000 apabila hasil sawitnya di atas kebun berkeluasan lapan ekar daimbil dan diuruskan koperasi masyarakat Orang Asli di kawasannya itu. Orang Asli berkenaan yang ingin dikenali sebagai Amat, 47, berkata, sejak Ogos 2011 hingga April 2014 juga, dia turut … Read more

Farmasi pandu lalu inisiatif terbaru

SEGAMAT – Orang ramai khususnya pesakit di Hospital Daerah Segamat (HDS) yang menghidap penyakit kronik tidak lagi perlu beratur dan bersesak untuk mengambil ubat dengan wujudnya farmasi pandu lalu di hospital berkenaan. Pengarah HDS, Dr Aman Rabu berkata, perkhidmatan itu yang mula diperkenalkan pada awal Januari lalu bertujuan menyediakan cara mudah kepada pesakit bagi mendapatkan … Read more

Ramai tidak tahu IPG

SEGAMAT – Kerajaan meminta Lembaga Getah Malaysia (LGM) supaya lebih kerap turun padang berjumpa dengan pekebun kecil getah kerana ada di antara mereka yang masih tidak memahami penawaran Insentif Pengeluaran Getah (IPG). Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong berkata, beliau mendapat maklumat masih terdapat segelintir pekebun kecil getah terutamanya di kawasan pedalaman yang tidak … Read more

Penjual sate novelis terkenal

SEGAMAT – Melihat raut wajahnya yang semakin berkedut dimamah usia dan kegigihannya mengayuh pedal basikal tua, tiada siapa menyangka seorang warga emas yang tinggal menyewa di Jalan Temenggong, di sini, merupakan seorang novelis terkenal tanah air. Tambah mengejutkan, salah satu novel tulisannya yang berjudul ‘Senjakala’ juga pernah menjadi buku teks sastera wajib bagi pelajar Sijil … Read more

MRSM Sekijang dibina tahun hadapan

SEGAMAT – Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sekijang akan dijangka memulakan pembinaannya pada Rolling Plan kedua Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) tahun hadapan di atas tanah berkeluasan 70 ekar di kawasan Dun Kemelah. Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Abdul Manap berkata, pembinaan MRSM Sekijang ini juga telah diluluskan oleh menteri berkaitan dan sepatutnya dilaksanakan pembinaannya pada Rolling Plan pertama … Read more