Peminjam AIM usah culas bayar pinjaman

LABIS – Seramai 2,000 wanita daripada golongan miskin dan berpendapatan rendah di daerah ini berjaya dibimbing menjadi usahawan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dengan nilai pembiayaan lebih RM18 juta sejak empat tahun lalu. Adun Tenang, Mohd Azahar Ibrahim berkata, apa yang lebih membanggakan adalah jumlah bayaran balik pembiayaan adalah seratus peratus sekaligus membuktikan kejayaan AIM membimbing usahawan … Read more

Ambil cuti sebulan jaga suami derita kanser

SEGAMAT – Seorang isteri di Taman Indah, Kampung Tengah, di sini, terpaksa mengambil cuti selama sebulan semata-mata untuk menjaga suaminya yang kini terlantar akibat menghidap kanser hati tahap empat. Rosismalinda Ismail, 26, berkata, sejak suaminya, Rashid Abdullah, 29, disahkan menghidap kanser hati pada awal bulan Februari lalu, dia segera memohon cuti daripada majikannya semata-mata untuk … Read more

Terkejut bumbung tercabut

SEGAMAT – Sepasang suami isteri di Bandar IOI, di sini, yang dalam perjalanan pulang melawat anak sulungnya di sebuah hospital di Johor Bahru terkejut apabila dimaklumkan bumbung rumah mereka diterbangkan ribut. Mohd Jamaluddin Shahrul Imam, 49, berkata, dia dan isterinya, Hayati Ahmad, 47, dimaklumkan mengenai kejadian tersebut oleh anak bongsunya, Mohd Haikal Aizat, 17, yang … Read more

Luangkan masa 10 minit baca buku

SEGAMAT – Program Jom Baca Bersama 10 Minit yang diadakan serentak di seluruh negara, perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat di negeri sebagai langkah awal memupuk budaya amalan membaca buku. Pengerusi Jom Baca Negeri Johor, Norshida Ibrahim berkata, budaya membaca dalam kalangan masyarakat di negara ini secara khususnya dilihat kurang mendapat sambutan jika dibandingan dengan rakyat … Read more

Ungkit semula peristiwa 16 tahun lalu

SEGAMAT – Seorang ibu tunggal di Kampung Chodan, di sini, menganggap peristiwa hitam kehilangan suaminya akibat kemalangan jalan raya 16 tahun lalu berulang kembali apabila anak lelakinya pula maut dalam kemalangan jalan raya. Jamilah Shawal, 63, berkata, kemalangan jalan raya melibatkan anak lelakinya, Anuar Jantan, 39, di Jalan Labis-Segamat pada malam Sabtu lalu mengingatkannya kembali … Read more

Teruja dapat salam TMJ

SEGAMAT – Hasrat bekas pemain bola sepak yang pernah mewakili Johor dalam saingan Liga Malaysia dan Piala Malaysia pada tahun 2000 untuk menonton bola di Stadium Tan Sri Datuk Haji Hassan Yunos, Larkin, menjadi kenyataan. Mohd Yussalman Jusoh, 36, yang lumpuh daripada paras bahu ke bawah selepas terlibat dalam kemalangan pada tahun 2011 berkata, dia … Read more

Bina medan selera baharu

SEGAMAT – Yayasan Majlis Daerah Segamat (YMDS) akan mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan dengan membangunkan sebuah medan selera di atas kawasan lapang berhampiran Dewan Masjid Bandar IOI, di sini, pada tahun ini. Pengerusi YMDS, Datuk Ayub Rahmat berkata, medan selera baharu tersebut yang berkeluasan 21 lot gerai itu akan dibina dengan kos RM3.3 juta melalui … Read more

Waris Datuk Abdullah Mahat berkumpul semula

SEGAMAT – Pertemuan semula lebih 300 waris Datuk Abdullah Mahat yang pada mulanya bertujuan untuk menjalankan aktiviti gotong royong bagi membersihkan kawasan rumah peninggalannya di Buloh Kasap, di sini, telah mencetuskan idea untuk menubuhkan koperasi. Seorang waris, Raini Jaafar, 60, berkata, generasi Datuk Abdulah Mahat yang merupakan bekas Penghulu Buloh Kasap dalam tahun 40-an kini telah memasuki … Read more

BR1M tampung kos dialisis

SEGAMAT – Seorang wanita warga emas di Taman Suria, Buloh Kasap, di sini, akan menggunakan duit Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diterimanya di Dewan Serbaguna Jalan Genuang, di sini, baru-baru ini, untuk menampung kos rawatan dialisisnya. Menantunya, V Rajeswari, 40, berkata, disebabkan masalah kegagalan buah pinggang sejak 14 tahun lalu, kesihatan ibu mertuanya, P Punama, … Read more

Terkejut geran bertukar hak milik

SEGAMAT – Seorang warga emas di Labis, di sini, terkilan apabila mendakwa menjadi mangsa penipuan anak bongsunya melibatkan pertukaran nama hak milik tanah berkeluasan 2.43 hektar. Warga emas tersebut yang ingin dikenali sebagai Ros, 70-an, berkata, pada tahun 1999 dia menyerahkan geran tanah kebun getah miliknya kepada menantunya untuk dicagarkan kepada pihak bank. “Ketika itu … Read more