SEGAMAT – Seorang isteri di Taman Indah, Kampung Tengah, di sini, terpaksa mengambil cuti selama sebulan semata-mata untuk menjaga suaminya yang kini terlantar akibat menghidap kanser hati tahap empat.

Rosismalinda Ismail, 26, berkata, sejak suaminya, Rashid Abdullah, 29, disahkan menghidap kanser hati pada awal bulan Februari lalu, dia segera memohon cuti daripada majikannya semata-mata untuk terus berada di sisi suaminya.

“Pada awalnya, suami mengadu sakit perut berpanjangan sejak bulan Disember tahun lalu dan pada awal Januari juga, dia dimasukkan ke Hospital Daerah Segamat (HDS) akibat masalah perutnya itu.

“Pada awalnya, saya ingatkan sakit perutnya itu disebabkan oleh gastrik dan selepas menjalani pemeriksaan pengimbasan tomografi berkomputer atau CT Scan baharu kami tahu suami menghidap kanser,” katanya kepada Komuniti Segamat.

Rosismalinda (kiri) tabah menjaga suaminya yang sakit
Rosismalinda (kiri) tabah menjaga suaminya yang sakit

Menurutnya, disebabkan penyakitnya itu, suaminya yang berasal dari Felda Pemanis 2, di sini, dan bekerja sebagai pemandu lori juga terpaksa berhenti kerja ekoran keadaan kesihatan dirinya yang semakin merosot.

 Jelas ibu kepada Mohd Rayyan Idham, 3, dan Nur Rayana Rania, 12 bulan berkata, suaminya kini juga banyak menghabiskan masa dengan berbaring di atas tilam sehingga badannya yang sebelum ini berisi menjadi susut.

“Perutnya pula seperti membesar dan apabila malam, dia (suami) tidak boleh tidur dan sering mengadu kepada saya sakit di bahagian belakang dan sebagai isteri, saya berasa sangat terkesan dengan keadaannya yang sebelum ini sihat sahaja.

“Selera makannya juga berkurangan dan hanya bergantung kepada susu formula khas dan sebelum ini saya ada memohon daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk mendapatkan tilam oksigen bagi mengelakkan belakang badannya menjadi teruk,” katanya.

Menurutnya, dia yang hanya bekerja di sebuah kilang di Jalan Segamat-Kuantan, di sini, juga terpaksa mengambil alih tugas suaminya menguruskan keluarga apabila akan kembali bekerja pada minggu hadapan.

Katanya, selain daripada duit gajinya, dia berharap pencen ilat yang akan diterima oleh suaminya selain bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal dapat meringankan lagi bebanannya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Rashid di talian 0127623285 atau menyalurkan terus ke akaun Maybank miliknya bernombor 101204000094872.

(Visited 568 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!