Pokok mati undang bahaya

LABIS – Pengguna jalan raya memohon pihak yang bertanggungjawab supaya menebang beberapa pokok mati dan ranting yang terjuntai ke jalan di sekitar kawasan Jalan Labis-Pekan Air Panas, di sini. Seorang pengguna jalan raya, Masran Bahari, 56, berkata, hampir setiap hari dia melalui jalan berkenaan dari rumahnya di Pekan Air Panas, di sini, untuk ke Pekan Labis … Read more

Segamat peserta teramai terima pingat emas ARPRM

SEGAMAT – Sejarah bakal tercipta apabila 10 peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) dari daerah ini bakal meraih pingat emas sekaligus menjadi peserta teramai yang memperolehi pingat emas di negeri ini. Penolong Pegawai Belia dan Sukan Segamat, Ibrahim Bujang berkata, kesemua peserta ARPRM tersebut telah menyelesaikan kesemua modul yang ditetapkan dan datang daripada Persatuan … Read more

MDS komited bangunkan kawasan Perindustrian Segamat Dua

SEGAMAT – Majlis Daerah Segamat (MDS) sentiasa komited untuk meningkatkan tahap kemudahan di kawasan pentadbirannya termasuk kawasan perindustrian di daerah Segamat terutamanya kawasan Perindustrian Segamat Dua. Yang Dipertuanya, Miswan Yunos berkata, usaha-usaha akan terus dipertingkatkan dan dipergiatkan bagi menyediakan prasarana yang terbaik dan persekitaran kondusif yang sesuai untuk pelabur tempatan dan luar negara. “Daerah Segamat … Read more

MBFM sambut baik cadangan kerajaan negeri

SEGAMAT – Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) menyambut baik cadangan kerajaan negeri supaya Felda dapat bersama-sama membantu meningkatkan prasarana sekolah agama di setiap tanah rancangan yang terdapat di negeri ini. Presiden MBFM, Anuar Abdul Manap berkata, sebelum ini juga pihak pengurusan Felda sentiasa membantu sekolah-sekolah agama di 70 kawasan Felda di Johor yang mengalami kerosakan … Read more

Hemodialisis Muhibah akan mulakan operasi dalam masa terdekat

SEGAMAT – Bangunan baharu tujuh tingkat milik Wisma Pertubuhan Hemodialisis Muhibbah Segamat (PHMS) di Bandar IOI, di sini, akan memulakan operasinya dalam masa terdekat selepas memulakan pembinaannya pada tahun 2012 dan telah menerima sijil menduduki (CF), baru-baru ini. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, pusat hemodialisis yang terdapat di negeri … Read more

Alumni KKS yang berjaya perlu tampilkan diri

SEGAMAT – Alumni Kolej Komuniti Segamat  (KKS) yang telah berjaya dalam pelbagai bidang sama ada di dalam atau di luar negara diminta tampil kehadapan agar mampu bekerjasama serta menyumbang sesuatu kepada institusi tersebut. Pengarahnya, Zazalli Lazin berkata, ini kerana institusi tersebut merupakan salah satu platform yang memberi mereka asas kejayaan di dalam bidang kerjaya yang … Read more

Gilap bakat atlet sedia ada untuk Sukan Sea 2017

SEGAMAT – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Sukan Negara (MSN) perlu menggilap bakat atlet yang sedia ada bagi persediaaan menjelang Sukan Sea 2017 di Kuala Lumpur, tahun hadapan. Bekas pelari pecut negara, Asisten Komisioner Rabuan Pit berkata, kejayaan pelari pecut muda negara, Badrul Hisyam Abdul Manap melakar sejarah dalam Kejohanan Sukan Sekolah Asean … Read more

Ambil alih tanggungjawab suami

LABIS – Seorang isteri di Felda Tenang, di sini, tepraksa mengambil tanggungjawab suaminya untuk menguruskan keluarga selepas suamniya disahkan lumpuh separuh badan akibat serangan strok sejak bulan Mac tahun lalu. Nor Azean Abu Bakar, 39, berkata, buah pinggang suaminya, Azhan Haron, 51, juga turut disahkan tidak berfungsi akibat penyakitnya itu sehingga terpaksa menjalani rawatan dialisis … Read more

Rezeki merpati hiasan

LABIS – Ramai yang tidak menyedari potensi pasaran burung merpati hiasan boleh dijadikan sumber pendapatan lumayan sekiranya diternak secara komersial sehingga boleh mencecah nilai ribuan ringgit bagi seekor burung merpati. Atas dasar itulah, Sham Idris, 46, dari Felda Tenang, si sini, tekad untuk mengembangkan lagi minatnya memelihara dan menjual unggas tersebut sebagai salah satu cara untuk menambah … Read more

Pengusaha keledek rugi akibat cuaca panas

SEGAMAT – Akibat cuaca panas melampau yang melanda negeri ini, beberapa petani di kawasan Zon Pengeluaran Makanan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Chemplak, di sini, mendakwa mengalami kerugian. Salah seorang petani, Khairuddin Ahmad, 46, berkata, kerugian yang dialami olehnya dan beberapa petani lain yang mengusahakan tanaman keledek di atas tanah seluas kira-kira 30 ekar juga mencecah … Read more