SEGAMAT – Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) menyambut baik cadangan kerajaan negeri supaya Felda dapat bersama-sama membantu meningkatkan prasarana sekolah agama di setiap tanah rancangan yang terdapat di negeri ini.

Presiden MBFM, Anuar Abdul Manap berkata, sebelum ini juga pihak pengurusan Felda sentiasa membantu sekolah-sekolah agama di 70 kawasan Felda di Johor yang mengalami kerosakan agar murid dapat belajar dalam keadaan yang selesa.

“Penduduk-penduduk Felda juga terkenal dengan sikap muafakat mereka dan sekiranya berlaku sebarang kerosakan pada sekolah agama, mereka pasti akan menghulurkan bantuan sama ada dalam bentuk tenaga atau wang ringgit.

Anuar (tiga, kiri) sewaktu merasmikan Program Karnival Jom Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) di Dewan Serbaguna Paya Pulai
Anuar (tiga, kiri) sewaktu merasmikan Program Karnival Jom Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) di Dewan Serbaguna Paya Pulai

“Antara salah satu usaha MBFM untuk membantu sekolah agama ini adalah dengan menyelaraskan tanah-tanah wakaf yang terdapat di kawasan Felda di negeri ini kepada pihak Majlis Agama Islam Johor (Maij) bagi diurustadbirkan,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sekijang berkata kepada pemberita selepas merasmikan Program Karnival Jom Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) di Dewan Serbaguna Paya Pulai, baru-baru ini.

Turut hadir ialah Adun Pemanis, Lau Chin Hoon; Ketua Cawangan JPJ Segamat, Zulhalmi Darwisy dan Ketua Penolong Pegawai Daerah Segamat, Sulaiman Ismail.

Menurutnya, usaha untuk menyelaraskan tanah-tanah wakaf tersebut akan bermula di semua kawasan Felda di negeri ini sebelum beralih kepada kawasan-kawasan Felda di negeri lain dan mengakui tanah-tanah wakaf di kawasan Felda terlalu besar keluasannya.

“Sekiranya tanah-tanah tersebut masih belum diwakafkan kepada MAINJ, ia akan menyukarkan dari segi penyampain bantuan dan peruntukan oleh pihak MAINJ kepada masjid, surau, sekolah agama dan tanah perkuburan di dalam perkampungan Felda.

“Jadi, kami (MBFM) ambil inisiatif kerana masalah ini boleh diselesaikan dan kita juga telah mengadakan satu pertemuan di antara Felda, MBFM, Maij dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) untuk membincangkan hal ini,” katanya.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abdul Mutalib Abdul Rahim dalam ucapannya sewaktu Sidang Dun Johor, baru-baru ini meminta supaya Felda dapat bersama-sama membantu meningatkan prasarana sekolah agama di kawasan tersebut.

Pada masa sama,beliau berharap program SKSJ ini mampu untuk membantu masyarakat luar bandar terutamanya di Parlimen Sekijang yang berumur 40 tahun ke atas bagi memiliki lesen motosikal kelas B2.

“Program ini juga dilihat sebagai wadah untuk mendekatkan JPJ dengan masyarakat setempat selain memberikan kemudahan kepada golongan tertentu bagi memudahkan mereka memperolehi lesen kenderaan,” katanya.

(Visited 461 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!