LABIS – Seorang isteri di Felda Tenang, di sini, tepraksa mengambil tanggungjawab suaminya untuk menguruskan keluarga selepas suamniya disahkan lumpuh separuh badan akibat serangan strok sejak bulan Mac tahun lalu.

Nor Azean Abu Bakar, 39, berkata, buah pinggang suaminya, Azhan Haron, 51, juga turut disahkan tidak berfungsi akibat penyakitnya itu sehingga terpaksa menjalani rawatan dialisis sejak beberapa bulan lalu.

“Sebelum ini saya tinggal dan bekerja di Perak, namun selepas suami disahkan sakit dan hanya terlantar, saya meminta ditukarkan ke Labis dan pulang ke rumah peninggalan keluarga suami di Felda Tenang pada bulan Jun tahun lalu.

“Saya juga terpaksa menjual rumah kami di Perak dan menggunakan wang tersebut untuk membina rumah di tapak rumah keluarga mertua dengan sebahagian kosnya ditanggung oleh kontraktor yang kasihan melihat penderitaan kami,” katanya.

Haslinda Salleh (dua, kiri) bertanyakan khabar Azhan (kiri) sambal diperhatikan oleh Nor Azean (kanan)
Haslinda Salleh (dua, kiri) bertanyakan khabar Azhan (kiri) sambal diperhatikan oleh Nor Azean (kanan)

Menurut ibu kepada Rabiatul Adawiyah, 10, dan Mohd Nabil, 3, dia yang bekerja sebagai kakitangan kontrak di sebuah agensi kerajaan juga terpaksa membelanjakan hampir keseluruhan gajinya untuk rawatan suaminya.

Katanya, suaminya sebelum ini bekerja sebagai askar namun berhenti selepas 13 tahun berkhidmat dan bekerja sebagai pengawal keselamatan di Perak sehingga dia disahkan menghidap penyakit tersebut.

“Sekarang ini saya terpaksa membawa suami menjalani rawatan dialisis tiga hari seminggu dengan kos rawatan sebanyak RM280 untuk satu sesi dengan kos kira-kira RM3,360 untuk sebulan.

“Disebabkan tiada wang yang mencukupi, saya terpaksa berhutang dengan pusat dialisis kira-kira RM3,000 dan pernah saya tidak membawanya untuk dialisis selama empat kali sehingga menyebabkan badan suami membengkak,” katanya.

Katanya, disebabkan terpaksa mengangkat dan menguruskan suaminya seorang diri, kaki kanannya patah apabila mendukung suaminya selain kakinya terpaksa disimen dan mengambil cuti sakit selama enam bulan.

Menurutnya, suaminya juga tidak menerima bantuan bulanan daripada mana-mana pihak selain pernah memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal untuk suaminya.

“Baru-baru ini saya buntu kerana tiada wang untuk membawa suami menjalani rawatan dialisis sehingga terfikir untuk meminjan ‘ah long’ namun kawan-kawan kerja menghalang dan memberi pinjam duit mereka terlebih dahulu,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi Nor Azean ditalian 0137548687 atau menyalurkan terus ke akaun Maybank milik Azhan bernombor 152077394566.

(Visited 277 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!