SEGAMAT – Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sekijang akan dijangka memulakan pembinaannya pada Rolling Plan kedua Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) tahun hadapan di atas tanah berkeluasan 70 ekar di kawasan Dun Kemelah.

Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Abdul Manap berkata, pembinaan MRSM Sekijang ini juga telah diluluskan oleh menteri berkaitan dan sepatutnya dilaksanakan pembinaannya pada Rolling Plan pertama RMK11 pada tahun ini.

“Bagaimanapun, disebabkan terdapat penstrukturan semula Bajet 2016, peruntukan untuk pembinaan MRSM Sekijang ini terpaksa dipotong dan saya juga berharap pada tahun hadapan kerja-kerja pembinaan dapat dimulakan.

“Kita tiada masalah tapak kerana tapak tanah untuk MRSM yang seluas 70 ekar ini telah dibeli oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) melibatkan kos yang tinggi iaitu RM2.4 juta dan masalah sekarang adalah modal,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Kemahiran dan Bimbingan Kerjaya anjuran bersama Wanita Umno Bahagian Sekijang di Dewan Kolej Komuniti Segamat, di sini.

Menurutnya, MRSM Sekijang ini apabila siap kelak akan menjadi MRSM kedua di negara ini yang menawarkan program Ulul Albab dan program Cambridge International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) secara serentak.

“Sebelum ini, MRSM yang menawarkan program seumpama ini ialah MRSM Kota Putra di Besut, Terengganu dan MRSM Sekijang akan menjadi MRSM kedua di negara ini yang menawarkan program tersebut.

“Dengan kombinasi dua program ini, para pelajar akan mendapat dua sijil dan kami mahu jadikan MRSM Sekijang ini sebagai satu daya tarikan kepada masyarakat dan pelancong agar lebih mengenali daerah Segamat,” katanya.

Menurutnya, anggaran kapasiti pelajar yang dapat ditampung di MRSM ini adalah seramai 500 pelajar dan akan mengutamakan dahulu pengambilan pelajar cemerlang yang datang dari daerah Segamat diikuti oleh daerah dan negeri lain.

Pada masa sama, beliau berharap pembangunan yang dilakukan ini dapat dinikmati oleh masyarakat di daerah ini sekaligus menjadi pemangkin kepada pembangunan dan kemajuan yang terdapat di daerah Segamat.

(Visited 2,360 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!