SEGAMAT – Ibu bapa di negeri ini yang mempunyai anak autisme seharusnya tampil kehadapan bagi membolehkan anak mereka diberi rawatan dan pendidikan khusus selaras dengan penyakit yang dihidapi oleh mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, ini kerana beliau mendapati ada di antara ibu bapa penghidap autisme yang malu untuk tonjol kehadapan dan mendedahkan anaknya kepada khalayak ramai.

“Pendedahan mengenai autisme ini masih agak rendah di kalangan masayarakat kita dan rata-rata masayarakat sukar untuk menerima jika anak mereka dikatakan mempunyai perbezaan dengan kanak-kanak lain.

“Kurangnya pengetahuan dan sikap ego sesetengah ibu bapa juga menyebabkan kanak-kanak ini tidak mendapat rawatan atau terapi yang sewajarnya bagi masalah autisme yang dihadapinya,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Kesedaran Autisme Peringkat Daerah Segamat di Dewan Masjid Bandar IOI, baru-baru ini.

Turut hadir ialah Adun Buloh Kasap, Norshida Ibrahim; Pengarah Hospital Daerah Segamat (HDS), Dr Aman Rabu dan Pegawai Kesihatan Daerah Segamat, Dr Mokhtar Ahmad.

Menurutnya, autisme merupakan sejenis gangguan perkembangan saraf otak yang berlaku di kalangan kanak-kanak seawal usia satu hingga tiga tahun sehingga menyebabkan mereka ini sukar menerima pelajaran seperti rakan normal yang lain.

“Kira-kira 40 hingga 70 peratus kanak-kanak autisme ini mungkin menghadapi masalah kurang upaya intelektual, 30 hingga 60 peratus menghadapi masalah kecerdasan otak (IQ) yang biasa manakala kurang dari 10 peratus mungkin mempunyai kemampuan IQ melebihi 110.

“Di Malaysia, terdapat modul pembelajaran khas yang ditawarkan di sekolah seperti pendidikan khas dan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) bagi memastikan perkembangan pesakit autisme ini dapat berkembang,” katanya.

Menurutnya, pada tahun 2012, kajian yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan mendapati sebanyak enam peratus daripada kanak-kanak berkeperluan khas berumur satu hingga 18 tahun penghidap autisme di negara ini.

Ayub (tiga, kanan) sewaktu merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Kesedaran Autisme Peringkat Daerah Segamat di Dewan Masjid Bandar IOI
Ayub (tiga, kanan) sewaktu merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Kesedaran Autisme Peringkat Daerah Segamat di Dewan Masjid Bandar IOI

Pada masa sama, kerajaan negeri tidak bercadang untuk mencatu bekalan air di empat empangan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) disebabkan oleh fenomena El-Nino yang menyebabkan cuaca panas luar biasa.

“Paras air di empat empangan JPS di negeri ini iaitu masing-masing di Labong, Bekok, Sembrong dan Machap tidak terjejas dan sehingga kini paras air masih 60 peratus serta mampu memenuhi permintaan bekalan air semasa.

“Seperti di negeri Johor, daerah Batu Pahat baru-baru ini mencatatkan bacaan suhu panas yang tertinggi iaitu 36 darjah celcius dan masih rendah jika hendak dibandingkan dengan beberapa negeri seperti Perak dan Kedah,” katanya.

(Visited 402 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!