SEGAMAT – Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Pusat Kajian Komuniti Asia Tenggara (Seaco) sedang menjalankan satu kajian penyakit mata kanak-kanak di taman bimbingan kanak-kanak (Tabika) di daerah ini.

Pakar Perunding Kanan Oftalmologi (Pediatrik) Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr A Joseph berkata, buat masa sekarang, pihaknya sedang dalam proses mengumpul data melibatkan lima kawasan mukim di daerah ini iaitu Bekok, Chaah, Sungai Segamat, Jabi dan Segamat.

“Kajian mata ini merupakan ujian kohort di mana golongan sasar atau responden telah dikenalpasti iaitu kanak-kanak atau pelajar tabika kerajaan dan swasta yang berumur di antara empat hingga enam tahun.

Dr A Joseph (belakang, kiri) ketika melakukan kajian mata di Tabika Perpaduan Pekan Jabi
Dr A Joseph (belakang, kiri) ketika melakukan kajian mata di Tabika Perpaduan Pekan Jabi

“Jadi, kami menggunakan peluang ini untuk mengkaji sebab kerosakan visual di negara ini dan sebarang keganjilan lain pada mata kanak-kanak selain maklumat yang terhad mengenai kajian mata kanak-kanak di Malaysia,” katanya kepada Komuniti Facebook Segamat.

Menurutnya, kajian yang dibiayai melalui geran Institut Kesihatan Umum (IPH) bermula pada Oktober tahun lalu juga dapat membantu memahami dengan lebih mendalam mengenai masalah mata malas dan juling dalam kalangan kanak-kanak.

Katanya, data kajian yang dilakukan terhadap 250 kanak-kanak di 10 tabika di daerah ini pada Oktober tahun lalu juga memperlihatkan sebanyak 22.3 peratus kanak-kanak memerlukan campur tangan pakar oftalmologi.

“Daripada jumlah tersebut juga, 6.9 peratus daripada kanak-kanak ini sudah mempunyai penyakit mata malas (amblyopia) dan penyakit ini selalu terjadi kepada kanak-kanak sehingga mampu membantutkan perkembangan otak mereka.

“Jadi, kanak-kanak yang dilihat berisiko mengalami penyakit mata akan dimaklumkan kepada ibu bapa mereka supaya segera membawa anak mereka mendapatkan rawatan untuk diberi pencegahan awal,” katanya.

Menurutnya, kawasan kajian kali ini juga telah diluaskan iaitu dalam lingkungan 60 kilometer (KM) dari bandar Segamat yang melibatkan 1,300 kanak-kanak di 46 tabika berbanding kajian pertama yang dibuat dalam lingkungan 30 KM sahaja.

Katanya, beliau juga menasihatkan ibu bapa supaya mengawasi perlakuan anak-anak seperti kerap menggosok mata dan menonton televisyen pada jarak terlalu dekat kerana itu merupakan salah satu tanda salah satu atau kedua mata anak mereka bermasalah.

“Kesedaran ibu bapa terhadap masalah mata anak mereka juga masih rendah kerana kebanyakan mereka beranggapan bahawa anak-anak yang berumur empat hingga enam tahun ini tidak mempunyai masalah mata langsung.

“Jadi, saya nasihatkan kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak dalam lingkungan umur ini supaya membawa anak mereka menjalani ujian mata di oftalmologi, hospital dan tabika-tabika terpilih di kawasan berhampiran mereka,” katanya.

(Visited 637 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!