LABIS – Seorang Orang Asli di sebuah projek rancangan semula (PRS), di sini, mendakwa kerugian kira-kira RM50,000 apabila hasil sawitnya di atas kebun berkeluasan lapan ekar daimbil dan diuruskan koperasi masyarakat Orang Asli di kawasannya itu.

Orang Asli berkenaan yang ingin dikenali sebagai Amat, 47, berkata, sejak Ogos 2011 hingga April 2014 juga, dia turut mendakwa tidak diberikan sebarang dokumen perjanjian oleh koperasi yang menguruskan kebun kelapa sawitnya itu.

“Sebelum ini bermula tahun 2001 hingga 2011, kebun kami diuruskan oleh anak syarikat Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) dan ketika itu kami diberikan wang sara hidup sebanyak RM800 sebulan selain bonus setiap tahun.

“Namun, sejak koperasi ini mengambil alih pengurusan kebun, kami hanya diberikan waqng sara hidup sebanyak RM1,000 sahaj tanpa sebarang bonus sedangkan ketika itu harga komoditi sawit berada pada harga yang tinggi,” katanya kepada Komuniti Facebook Segamat.

Amat menunjukkan laporan polis dan dokumen penyelewengan koperasi
Amat menunjukkan laporan polis dan dokumen penyelewengan koperasi

Menurutnya, tambah dikesalinya, sepanjang 33 bulan kebunnya diurus oleh pihak koperasi tersebut, dia mendapati hanya sekali sahaja kebunnya dibaja selain mendapati kebunnya tidak diuruskan dengan baik.

Katanya, pada tahun 2011 juga, dia bersama 12 daripada 21 peserta PRS di kampungnya itu melantik peguam untuk membawa kes ini ke mahkamah sebelum pada tahun yang sama Mahkamah Tinggi Muar meminta koperasi menyerahkan semula kebun kepada setiap peserta.

“Dalam tempoh 33 bulan tersebut saya mengalami kerugian kira-kira RM50,000 kerana ketika itu harga komoditi sawit sebanyak RM556 setan dan pihak koperasi pula seolah-olah tidak mahu bertanggungjawab dan bertindak melepaskan diri.

“Saya juga telah beberapa kali membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mendapati koperasi ini mendesak kami supaya mengikut telunjuk mereka selain pernah beberapa kali diugut,” katanya.

Menurutnya, dalam tempoh 33 bulan tersebut juga, koperasi tidak membentangkan pendapatan dan perbelanjaan koperasi selain mendakwa koperasi mengumpul asset seperti bangunan dua tingkat selain membeli beberapa kenderaan.

Katanya, pada 27 April 2014 juga, koperasi mengembaikan semula ladang peserta kepada keluarga masing-masing melalui cabutan undi yang dibuat tanpa kehadiran pegawai daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).

“Hasil undian tersebut, seramai 29 peserta termasuk peserta baharu telah diagih-agihkan lot yang baharu dan apa yang meragukan, kami tidak tahu sama ada lot yang kami perolehi ini sama seperti sebelum ini atau sebaliknya.

“Kami tidak boleh mengupah juruukur kerana tidak membayar premium tanah kediaman dan pihak koperasi serta pemimpin setempat di kawasan berkenaan juga seolah-olah mahu melepaskan diri masing-masing,” katanya.

Menurutnya, dia juga akan melantik peguam untuk membuka semula kes ini bagi memastikan kebajikan para peserta yang lain tidak terus dianiaya oleh pihak koperasi.

(Visited 411 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!