SEGAMAT – Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) daerah Segamat mahu setiap anggotanya mempelajari ilmu-ilmu baharu agar peranan mereka di dalam masyarakat dan komuniti setempat terus relevan.

Pegawai Rela Segamat, Penolong Pesuruhjaya Rela Mohd Arrashidy Amran, berkata, nilai tambah tersebut juga termasuk mempersiapkan diri semua anggota untuk berkhidmat kepada masyarakat termasuk pengurusan jenazah.

“Sebagai mata dan telinga kerajaan dalam aspek keselamatan, sosio ekonomi, pembangunan dan sebagainya, anggota-anggota Rela ini sepatutnya lebih berkemahiran dan perlu mempelbagaikan lagi fokus mereka.

“Jika sebelum ini ada anggota Rela yang dianggap sebagai pengawal lalu lintas ketika kenduri kahwin dan sebagainya, saya berharap selepas ini mereka menjadi di antara orang yang terawal menguruskan jenazah apabila berlakunya kematian,” katanya.

Beliau ditemui semasa Kursus Pengurusan Jenazah Siri 1/2016 anjuran Rela Segamat di Balai Islam Masjid Jannatul Firdaus, Kampung Jawa, di sini, baru-baru ini.

Anggota Rela diberi tunjuk ajar cara pengurusan jenazah yang betul.
Anggota Rela diberi tunjuk ajar cara pengurusan jenazah yang betul.

Menurutnya, melalui pendekatan sedemikian, ia sebenarnya mampu membudayakan tuntutan pengurusan jenazah yang merupakan fardu kifayah serta wajib diketahui semua termasuk anggotanya selaras dengan tanggungjawab sebagai orang beragama Islam.

“Cara mengendalikan jenazah iaitu dari segi memandikan, mengapankan, sembahyang dan mengebumikan sangat penting untuk diajarkan kepada anggota Rela kerana pengurusan jenazah merupakan satu keperluan dalam masyarakat atau komuniti.

“Mungkin sebelum ini ada anggota yang terlibat secara langsung dalam pengurusan jenazah di komuniti mereka dan kursus ini melengkapkan lagi pengetahuan dan kemahiran mereka yang sedia ada,” katanya.

Menurutnya, beliau mahu anggota Rela di daerah ini mengaplikasikan kembali kemahiran yang dimiliki oleh mereka kepada masyarakat setempat sekaligus menepis persepsi negatif terhadap anggota Rela.

Pada masa sama, di daerah Segamat sahaja terdapat seramai 21,072 anggota Rela dan sebahagian besarnya bersiap sedia untuk digerakkan jika berlaku sebarang bencana mahu pun tugasan keselamatan seperti rondaan atau kawalan cegah jenayah.

(Visited 398 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!