SEGAMAT –  Seorang anggota polis ditahan bagi membantu siasatan berhubung video seorang anggota polis  menampar seorang wanita dipercayai isterinya di Pondok Polis Felda Redong,  di sini, yang menjadi viral baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Segamat, Supritendan Mohd Kamil Sukaimi berkata, anggota terbabit yang bertugas di pondok  polis terbabit kini ditahan mengikut Seksyen 18(A) Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

“Berhubung gambar dan video yang menjadi viral di media sosial dan internet berkaitan seorang anggota polis memukul isteri di hadapan Pondok Polis Felda Redong, satu laporan polis juga sudah dibuat.

Supritendan Mohd Kamil Sukaimi.
Supritendan Mohd Kamil Sukaimi.

“Pihak polis juga sudah merakamkan keterangan daripada saksi kejadian dan juga anggota polis terbabit bagi membantu siasatan lanjut berhubung kes terbabit,” katanya kepada Komuniti Facebook Segamat.

Menurutnya, sebelum ini satu klip video yang berdurasi dua minit 50 saat itu memaparkan kejadian seorang anggota polis yang didakwa bertindak menghalau dan memukul isterinya yang dipercayai sedang berpantang dihadapan pondok polis terbabit

Menurutnya lagi, klip video terbabit yang dimuat naik oleh seorang saksi kejadian ke dalam media sosial Facebook itu kemudiannya menjadi viral sehingga mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.

“Menerusi klip video itu juga dapat dilihat dengan jelas dua wanita termasuk seorang daripadanya dipercayai ibu mertua anggota polis terbabit berada dalam kawasan pondok polis terbabit sebelum suaminya keluar dan memukul menantunya.

“Sehubungan itu, tindakan menukarkan anggota polis terbabit sudah dilakukan serta merta dari Pondok Polis Felda Redong ke Cawangan Kem Komandan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor,” katanya.

(Visited 3,074 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!