Pegawai kerajaan ditahan rasuah

LABIS – Seorang pegawai tadbir di sebuah agensi kerajaan di daerah kecil Labis, di sini, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam, bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan dirinya. Menurut sumber SPRM, pegawai tersebut yang berumur 44 tahun itu ditahan berhubung kes mengambil rasuah daripada kontraktor yang bernilai kira-kira RM14,000 berkaitan dengan peruntukan projek bernilai … Read more

Pendapatan alternatif akibat kejatuhan harga getah dan sawit

LABIS – Kejatuhan harga komoditi getah dan sawit yang menjejaskan pendapatan kebanyakan pekebun kecil di Kampung Tenang membuka peluang kepada mereka untuk memulakan usaha menanam pisang yang mampu memberi pulangan lumayan dalam jangka masa yang singkat. Pekebun, Abdul Halim Othman, 49, berkata, dia bersyukur kerana masih mempunyai jalan untuk menambah pendapatan dengan mengusahakan tanaman pisang … Read more

Sultan mencemar duli ke Segamat buat kali kedua

SEGAMAT – Penduduk daerah ini sekali lagi bertuah apabila Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan mencemar duli untuk kali kedua pada bulan yang sama. Pada cemar duli yang pertama pada 4 Januari lalu, baginda berkenan untuk melawat serta menyampaikan bantuan kepada 25 mangsa banjir Kampung Seberang Batu Badak di Balairaya Kampung Gemereh 4, … Read more

Hospital Segamat cari waris mayat

SEGAMAT – Hospital Daerah Segamat (HDS) ingin meminta bantuan orang ramai bagi mengesan waris kepada satu mayat yang tidak dituntut yang kini berada di rumah mayat HDS. Pengarahnya, Dr Aman Rabu berkata, mayat lelaki yang hanya dikenali sebagai Nasir dan dianggarkan berumur 40 tahun itu tidak dituntut oleh warisnya melebihi 72 jam. “Selain nama yang … Read more

Maut selepas kenderaan terbabas

SEGAMAT – Seorang pemuda yang sedang dalam perjalanan ke tempat kerjanya maut selepas kereta yang dipandu hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan di Jalan Tahang Rimau, di sini, semalam. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Abdullah, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Herman Amat berkata, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 6.10 pagi semalam menyebabkan mangsa, T Vellu, … Read more

Tinggal sehelai sepinggang selepas rumah musnah terbakar

SEGAMAT – Sebuah keluarga di Felda Pemanis 1, di sini, tinggal dalam keadaan sehelai sepinggang apabila rumah mereka musnah terbakar dalam kejadian kira-kira pukul 9.45 malam kelmarin. Mohamad Nor Husin, 61, berkata, ketika kejadian dia bersama isteri, Habshah Siron, 56, bersama anak, menantu, serta cucunya tiada di rumah kerana keluar ke bandar untuk mengisi minyak … Read more

Sultan Johor lawat mangsa banjir

SEGAMAT – Banjir yang melanda daerah ini sejak Sabtu lalu mendapat perhatian dari Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang berkenan melawat mangsa di pusat pemindahan banjir di Balairaya Gemereh 4, di sini, hari ini. Baginda yang diiringi oleh Pegawai Daerah Segamat, Ahmad Ma’in dan ketua-ketua jabatan di daerah ini tiba di Balai Raya Gemereh … Read more

Segamat destinasi pilihan pertama

SEGAMAT – Muslimin dan muslimat khususnya penduduk daerah ini dijemput menghadiri Forum Perdana Ehwal Islam di Dewan Serbaguna Segamat pada 7 Januari 2016 (Khamis) yang akan disiarkan secara langsung melalui TV1 pada jam 9 malam. ADUN Kemelah, Datuk Ayub Rahmat berkata, forum tersebut yang merupakan julung kali diadakan di daerah ini merupakan anjuran bersama Jawatankuasa … Read more

Ditangkap penduduk kampung selepas langgar warga emas

SEGAMAT – Tindakan dua pemuda yang ingin melarikan diri selepas melanggar seorang warga emas di Jalan Mariani, Kampung Jawa, di sini, tidak berjaya selepas mereka diberkas oleh penduduk kampung. Sumber Komuniti Facebook Segamat berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 11.05 pagi tadi selepas kereta Proton Iswara yang dinaiki dua lelaki tersebut telah melanggar motosikal Modenas Kriss … Read more

Hijabiza: Jenama antarabangsa ciptaan anak Segamat

SEGAMAT – Pilihan berani seorang bekas pegawai bank di Kuala Lumpur untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan membuahkan hasil selepas produk tudung dan baju rekaannya kini mula mendapat tempat di pasaran. Pemilik Hijabiza, Izawati Ahmad, 35, yang juga anak jati daerah Segamat berkata, dia nekad meletakkan jawatan pada penghujung tahun 2009 sebelum memulakan perniagaan menjual … Read more