SEGAMAT – Hospital Daerah Segamat (HDS) ingin meminta bantuan orang ramai bagi mengesan waris kepada satu mayat yang tidak dituntut yang kini berada di rumah mayat HDS.
Pengarahnya, Dr Aman Rabu berkata, mayat lelaki yang hanya dikenali sebagai Nasir dan dianggarkan berumur 40 tahun itu tidak dituntut oleh warisnya melebihi 72 jam.
“Selain nama yang tidak lengkap, butiran lain seperti nombor kad pengenalan dan alamat si mati juga tidak diperolehi.

“Si mati telah meninggal dunia pada 29 Disember yang lalu pada pukul 8.30 pagi dan sehingga kini mayatnya masih berada di dalam simpanan kami,” katanya.
Menurutnya, beliau meminta ahli keluarga atau orang ramai yang mengenali si mati diminta menghubungi Jabatan Forensik Hospital Daerah Segamat di talian 079433333 untuk urusan selanjutnya.
Comments