SEGAMAT – Sebuah keluarga di Felda Pemanis 1, di sini, tinggal dalam keadaan sehelai sepinggang apabila rumah mereka musnah terbakar dalam kejadian kira-kira pukul 9.45 malam kelmarin.

Mohamad Nor Husin, 61, berkata, ketika kejadian dia bersama isteri, Habshah Siron, 56, bersama anak, menantu, serta cucunya tiada di rumah kerana keluar ke bandar untuk mengisi minyak kereta dan makan malam.

“Selepas pak cik mengisi minyak di Taman Yayasan, salah seorang jiran menghubungi pak cik memaklumkan rumah kami terbakar sebelum membatalkan hasrat untuk makan malam dan terus pulang ke rumah.

“Luluh hati pak cik apabila sampai di rumah melihat api sedang marak manakala jiran-jiran yang lain sedang cuba membantu pihak bomba memadamkan api dan menyelamatkan barang,” katanya kepada Komuniti Facebook Segamat, semalam.

Mohamad Nor (kiri) dan Habshah menunjukkan peralatan rumahnya yang hangus terbakar
Mohamad Nor (kiri) dan Habshah menunjukkan peralatan rumahnya yang hangus terbakar

Menurutnya, keadaan api yang marak dan ditambah pula struktur rumahnya yang separuh kayu dan batu itu juga menyebabkan rumah yang didiami mereka selama 34 tahun sejak tahun 1982 itu hangus tidak sampai 10 minit.

Katanya, segala dokumen-dokumen penting seperti sijil kelahiran lapan orang anaknya, sijil nikah, geran kebun dan tapak rumah serta tiga geran motosikal dan dua geran kereta miliknya juga musnah terbakar selain barang-barang elektrik dan perkakasan rumah yang lain.

“Pihak pengurusan Felda juga ada memberikan sebuah rumah kakitangan mereka untuk kami tinggal buat sementara waktu sehingga rumah kami siap dibaiki, namun hanya anak, menantu serta cucu sahaja tinggal di sana.

“Manakala saya dan isteri tidur di ruang belakang rumah yang dipasang balai zink dan ada penduduk Felda yang menyumbang barang-barangan keperluan seperti tilam, bantal, pakaian dan makanan kepada kami sekeluarga,” katanya.

Habshah menunjukkan geran rumahnya yang hangus terbakar
Habshah menunjukkan geran rumahnya yang hangus terbakar

Sementara itu, Habshah berkata, mujur ketika kejadian cucunya, Mohd Noriman Mukri Mohd Hafiz, dua, bersama anaknya, Norzaharah, 20 dan menantunya, Mohd Hafiz Abdullah, 29, tergerak hati untuk mengikut dia dan suaminya keluar ke bandar.

Menurutnya, ini kerana seperti kebiasannya, mereka sekeluarga tidak mahu turut serta jika dia dan suaminya mahu keluar ke bandar dan bersyukur tiada kemalangan jiwa walaupun keseluruhan rumahnya hangus terbakar dalam kejadian tersebut.

“Pihak bomba juga sedang menyiasat punca kebakaran dan kesemua anak saya yang tinggal di daerah ini juga berpakat untuk mengambil cuti selama beberapa hari semata-mata untuk mengemas dan mencari barang-barang yang boleh diguna semula.

“Pihak Felda Wilayah Segamat juga telah melakulan lawatan dan mereka berjanji untuk membinakan kami sebuah rumah baharu di atas tapak rumah sekarang yang dijangka siap sebelum Hari Raya Aidilfitri tahun ini,” katanya.

(Visited 505 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!