Tragedi ribut waktu Maghrib

SEGAMAT – Angin kencang beserta hujan lebat yang melanda daerah ini petang semalam mengakibatkan beberapa buah rumah kedai dan rumah peneroka di Felda Pemanis 1 dan Felda Pemanis 2, di sini, mengalami kerosakan. Salah seorang mangsa, Mohd Hashim Maharan, 63, berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, dia bersama isterinya, Tijah Germinah, 55, sedang … Read more

KGMR berjaya wujudkan pengakalan data generasi muda pekebun kecil

SEGAMAT – Usaha Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) mewujudkan Kelab Generasi Muda Risda (KGMR) pada tahun 2012 telah berjaya mewujudkan pengkalan data generasi muda pekebun kecil khususnya di negeri Johor. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, sehingga 29 Februari 2016, seramai 1,704 ahli KGMR di negeri Johor … Read more

Majikan perlu ambil peluang tempoh pemutihan

SEGAMAT – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menggesa majikan yang belum mendaftar perusahaan dan mencarum pekerja mereka supaya berbuat demikian sepanjang tempoh pemutihan yang bermula dari 1 hingga 31 Mac ini. Timbalan Ketua Eksekutif (Operasi) Perkeso, John Riba Marin berkata, majikan yang mendaftar sebelum tarikh tersebut juga tidak akan dikenakan tindakan kompaun walaupun melebihi tempoh yang … Read more

Usah diskriminasi terhadap OKU

SEGAMAT – Orang Kelainan Upaya (OKU) terutamanya pelatih pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di negara ini tidak lagi dianggap sebagai masyarakat terpinggir atau menjadi mangsa diskriminasi. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, malah golongan tersebut diberi perhatian dan penghargaan oleh kerajaan jika mereka mampu merebut peluang yang disediakan melalui sistem dan dasar … Read more

Harap PPIM bantu tangani masalah sosial gadis

LABIS – Perkembangan teknologi komunikasi dan dunia tanpa sempadan ketika ini mendedahkan golongan remaja di negara ini kepada pengaruh negatif budaya barat serta keruntuhan nilai murni dalam kalangan masyarakat terutama generasi muda. Adun Buloh Kasap, Norshida Ibrahim berkata, namun langkah pelbagai pihak mewujudkan pelbagai pertubuhan seperti Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) di sekolah dan pusat … Read more

Hasrat diami rumah baharu tercapai

LABIS – Hasrat seorang warga emas di Kampung Tenang untuk menduduki rumah sendiri menerusi projek perumahan mesra rakyat menjadi kenyataan apabila rumah yang terbengkalai sejak tiga tahun lalu siap sepenuhnya pada awal Februari lalu. Bibah Bidon, 75, berkata, dia juga gembira apabila impiannya untuk menduduki rumah baharu yang lebih selesa tercapai namun sedikit sedih apabila arwah … Read more

Mualaf hilang sumber pendapatan jaga isteri sakit

SEGAMAT – Seorang saudara baru di Bukit Siput, di sini, kehilangan hampir keseluruhan daripada sumber pendapatannya sebagai tukang kasut apabila terpaksa menjaga isterinya yang menghidap pelbagai komplikasi penyakit. Muzzafar Abdullah, 46, berkata, isterinya Maisarah Abdullah, 44, yang juga seorang mualaf menghidap penyakit kencing manis sehingga terpaksa disuntik insulin sebanyak empat kali sehari selain penyakit darah … Read more

Amalan Dhuha rahsia kejayaan

SEGAMAT – Amalan melakukan solat sunat dhuha dan hajat setiap hari merupakan rutin harian tiga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Segamat, di sini, yang mencatatkan keputusan cemerlang 11A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015. Mohd Iqbal Mubarak Jamali, 18, berkata, selain sentiasa konsisten dalam mengamalkan solat sunat tersebut, dia sentiasa mendapatkan nasihat daripada guru … Read more

Ahli Majlis MDS perlu lebih proaktif

SEGAMAT – Ahli-ahli Majlis Daerah Segamat (MDS) termasuk semua kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) tersebut perlu proaktif dan efisien dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. Adun Pemanis, Lau Chin Hoon berkata, tugas yang dipertanggungjawabkan kepada mereka perlulah digalas dengan sebaiknya selain bertindak secara strategik untuk mencapai kecemerlangan se­perti yang diharapkan oleh rakyat. “Pembayar cukai di sini mengetahui peranan … Read more

Tidak perlu risau bumbung bocor lagi

SEGAMAT – Seorang ibu tunggal di Kampung Mensudut Pindah, di sini, tidak menyangka apabila terpilih sebagai salah seorang penerima bantuan Baik Pulih Rumah di bawah skim Pembangunan Rakyat (PBR) 2015 Dun Buloh Kasap. Norawati Yusof, 52, berkata, kerja-kerja baik pulih rumah peninggalan keluarganya itu juga telah bermula pada 18 November 2015 dan siap sepenuhnya pada … Read more