Jalan gelap dan haiwan berkeliaran punca kemalangan maut

LABIS – Keadaan jalan yang gelap serta terdapat banyak haiwan seperti anjing liar dan lembu berkeliaran pada waktu malam dikatakan punca sering berlaku kemalangan maut di Jalan Labis-Muar berhampiran kawasan Perumahan Awam Labis, di sini. Mohd Hafiz Md Top, 55, berkata, dia yang tinggal di Perumahan Awam Labis mengakui sering berlaku kemalangan di laluan sejauh kira-kira lima kilometer … Read more

Pokok mati undang bahaya

LABIS – Pengguna jalan raya memohon pihak yang bertanggungjawab supaya menebang beberapa pokok mati dan ranting yang terjuntai ke jalan di sekitar kawasan Jalan Labis-Pekan Air Panas, di sini. Seorang pengguna jalan raya, Masran Bahari, 56, berkata, hampir setiap hari dia melalui jalan berkenaan dari rumahnya di Pekan Air Panas, di sini, untuk ke Pekan Labis … Read more

MDS komited bangunkan kawasan Perindustrian Segamat Dua

SEGAMAT – Majlis Daerah Segamat (MDS) sentiasa komited untuk meningkatkan tahap kemudahan di kawasan pentadbirannya termasuk kawasan perindustrian di daerah Segamat terutamanya kawasan Perindustrian Segamat Dua. Yang Dipertuanya, Miswan Yunos berkata, usaha-usaha akan terus dipertingkatkan dan dipergiatkan bagi menyediakan prasarana yang terbaik dan persekitaran kondusif yang sesuai untuk pelabur tempatan dan luar negara. “Daerah Segamat … Read more

Rezeki merpati hiasan

LABIS – Ramai yang tidak menyedari potensi pasaran burung merpati hiasan boleh dijadikan sumber pendapatan lumayan sekiranya diternak secara komersial sehingga boleh mencecah nilai ribuan ringgit bagi seekor burung merpati. Atas dasar itulah, Sham Idris, 46, dari Felda Tenang, si sini, tekad untuk mengembangkan lagi minatnya memelihara dan menjual unggas tersebut sebagai salah satu cara untuk menambah … Read more

Pengusaha keledek rugi akibat cuaca panas

SEGAMAT – Akibat cuaca panas melampau yang melanda negeri ini, beberapa petani di kawasan Zon Pengeluaran Makanan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Chemplak, di sini, mendakwa mengalami kerugian. Salah seorang petani, Khairuddin Ahmad, 46, berkata, kerugian yang dialami olehnya dan beberapa petani lain yang mengusahakan tanaman keledek di atas tanah seluas kira-kira 30 ekar juga mencecah … Read more

Ambil cuti sebulan jaga suami derita kanser

SEGAMAT – Seorang isteri di Taman Indah, Kampung Tengah, di sini, terpaksa mengambil cuti selama sebulan semata-mata untuk menjaga suaminya yang kini terlantar akibat menghidap kanser hati tahap empat. Rosismalinda Ismail, 26, berkata, sejak suaminya, Rashid Abdullah, 29, disahkan menghidap kanser hati pada awal bulan Februari lalu, dia segera memohon cuti daripada majikannya semata-mata untuk … Read more

Teruja dapat salam TMJ

SEGAMAT – Hasrat bekas pemain bola sepak yang pernah mewakili Johor dalam saingan Liga Malaysia dan Piala Malaysia pada tahun 2000 untuk menonton bola di Stadium Tan Sri Datuk Haji Hassan Yunos, Larkin, menjadi kenyataan. Mohd Yussalman Jusoh, 36, yang lumpuh daripada paras bahu ke bawah selepas terlibat dalam kemalangan pada tahun 2011 berkata, dia … Read more

BR1M tampung kos dialisis

SEGAMAT – Seorang wanita warga emas di Taman Suria, Buloh Kasap, di sini, akan menggunakan duit Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diterimanya di Dewan Serbaguna Jalan Genuang, di sini, baru-baru ini, untuk menampung kos rawatan dialisisnya. Menantunya, V Rajeswari, 40, berkata, disebabkan masalah kegagalan buah pinggang sejak 14 tahun lalu, kesihatan ibu mertuanya, P Punama, … Read more

Terkejut geran bertukar hak milik

SEGAMAT – Seorang warga emas di Labis, di sini, terkilan apabila mendakwa menjadi mangsa penipuan anak bongsunya melibatkan pertukaran nama hak milik tanah berkeluasan 2.43 hektar. Warga emas tersebut yang ingin dikenali sebagai Ros, 70-an, berkata, pada tahun 1999 dia menyerahkan geran tanah kebun getah miliknya kepada menantunya untuk dicagarkan kepada pihak bank. “Ketika itu … Read more

Kajian untuk lihat masalah penyakit mata kanak-kanak di Malaysia

SEGAMAT – Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Pusat Kajian Komuniti Asia Tenggara (Seaco) sedang menjalankan satu kajian penyakit mata kanak-kanak di taman bimbingan kanak-kanak (Tabika) di daerah ini. Pakar Perunding Kanan Oftalmologi (Pediatrik) Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr A Joseph berkata, buat masa sekarang, pihaknya sedang dalam proses mengumpul data melibatkan lima kawasan mukim di daerah … Read more