SEGAMAT – Seorang ibu tunggal di Kampung Mensudut Pindah, di sini, tidak menyangka apabila terpilih sebagai salah seorang penerima bantuan Baik Pulih Rumah di bawah skim Pembangunan Rakyat (PBR) 2015 Dun Buloh Kasap.

Norawati Yusof, 52, berkata, kerja-kerja baik pulih rumah peninggalan keluarganya itu juga telah bermula pada 18 November 2015 dan siap sepenuhnya pada 1 Disember yang lalu dan terharu kerana masih ada pihak yang prihatin akan nasibnya.

“Saya sekarang memperoleh bumbung dapur yang baharu kerana bumbung yang sebelum ini berlubang-lubang dan reput sehinggakan saya terpaksa menadah baldi atau besen sekiranya hujan lebat.

“Selain itu, harapan saya selama ini untuk memasang siling di rumah ini juga tercapai melalui skim PBR ini kerana sebelum arwah suami meninggal dunia, dia ada menyatakan hasrat untuk memasang siling,” katanya.

Dia ditemui di rumahnya semasa lawatan Adun Buloh Kasap, Norshida Ibrahim dan Pengarah GiatMara Johor, Mohamad Merjuki Kasanwidi ke rumah para penerima skim PBR, baru-baru ini.

Norawati (tiga,kanan) sewaktu menerima kunjungan Norshida (kanan) dan Mohamad Merjuki.
Norawati (tiga,kanan) sewaktu menerima kunjungan Norshida (kanan) dan Mohamad Merjuki.

Menurutnya, dia kini hanya tinggal berdua bersama anak tunggalnya, Mohd Shukor Ali, 13, yang kini bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Anam, di sini, selepas kematian suaminya beberapa tahun lalu.

Sementara itu, Norshida berkata, terdapat 12 penerima skim PBR di Dun Buloh Kasap dan para penerima merupakan golongan yang memerlukan seperti ibu tunggal, mereka yang kurang berkemampuan dan penerima e-Kasih.

“Setiap penerima menerima bantuan baik pulih rumah bernilai RM11,000 dan GiatMara menjadi agensi pelaksana dan bertanggungjawab melantik kontraktor-kontraktor dan keutamaan diberikan kepada kontraktror lepasan GiatMara.

“Kerja-kerja baik pulih juga bergantung kepada jenis kerosakan program ini menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan bagi membolehkan kumpulan sasar mendiami rumah yang lebih selamat dan selesa berbanding tempat kediaman terdahulu,” katanya.

Menurutnya, penerima bantuan juga perlu memiki tanah sendiri atau mempunyai kelulusan bertulis daripada pihak berkenaan sekiranya menyewa atau menumpang tanah milik orang lain bagi membolehkan mereka menerima bantuan PBR ini.

Pada masa sama, sebanyak 140 lampu jalan telah dipasang di sekitar kawasan Dun Buloh Kasap termasuk kawasan-kawasan kampung melalui peruntukan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

(Visited 370 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!