Pendapatan alternatif akibat kejatuhan harga getah dan sawit

LABIS – Kejatuhan harga komoditi getah dan sawit yang menjejaskan pendapatan kebanyakan pekebun kecil di Kampung Tenang membuka peluang kepada mereka untuk memulakan usaha menanam pisang yang mampu memberi pulangan lumayan dalam jangka masa yang singkat. Pekebun, Abdul Halim Othman, 49, berkata, dia bersyukur kerana masih mempunyai jalan untuk menambah pendapatan dengan mengusahakan tanaman pisang … Read more

Tidak sangka dapat ambil sendiri geran

SEGAMAT – Seorang warga emas di Felda Palong Timur 1, di sini, yang kakinya terpaksa dipotong akibat penyakit kencing manis terharu apabila penantiannya selama 27 tahun untuk memperoleh hak milik tanah di kawasan rancangan tersebut dapat ditunaikan. Ahmad Alip, 63, berkata, dia juga tidak menyangka dapat mengambil sendiri gerah rumah dan pertaniannya memandangkan pada tahun … Read more

Tindakan berterusan terhadap muatan berlebihan

Polis Segamat jamin tindakan berterusan terhadap kesalahan muatan lori berlebihan. SEGAMAT – Ketua Polis Daerah Segamat, Supritendan Mohd Kamil Sukarmi menyangkal dakwaan awam yang dibuat melalui laman sesawang facebook yang menyatakan bahawa pihak berkuasa khususnya polis IPD Segamat tidak mengambil tindakan terhadap kegiatan pengusaha pengangkutan khasnya motolori yang membawa muatan kayu getah secara merbahaya dan juga … Read more

Ustaz Jawab | Kaedah menjaga aurat sebaiknya

Julie : Hukum mendedahkan aurat kepada lelaki bukan muhrim adalah haram. Apa pendapat ustaz mengenai lelaki yang dikategorikan sebagai bukan muhrim dan juga kaedah menjaga aurat sebaiknya oleh wanita? Ustaz : Aurat daripada segi bahasa ialah keaiban. Manakala pada syarak membawa maksud bahagian tertentu pada tubuh badan manusia yang wajib ditutupi dari pandangan sama ada ketika … Read more

Tiga pengedar dadah ditahan

SEGAMAT – Polis daerah ini berjaya menahan tiga lelaki yang dipercayai pengedar dadah di dalam satu serbuan di sebuah taman perumahan di Bukit Siput, di sini, pada 16 Januari lalu kira-kira pukul 5.30 petang. Ketua Polis Daerah Segamat, Supritendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, serbuan dilakukan oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSNJ) Ibu Pejabat Polis … Read more

6 Kawasan Terlibat Gangguan Elektrik

SEGAMAT – Enam kawasan di daerah ini akan mengalami gangguan bekalan elektrik sementara ekoran kerja-kerja menaiktataf oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada 22 Januari 2016 (Jumaat) bermula pukul 7.30 pagi hingga 11.30 pagi. Di antara kawasan yang terlibat ialah kampung serta taman yang terdapat Tenang, Kemelah, Kampung Abdullah, Bukit Siput, Kampung Jawa dan Paya Pulai. … Read more

Kesal dinafikan hak kemenangan

SEGAMAT – Seorang warga emas di Felda Pemanis 2, di sini, berasa kesal dan terkilan apabila mendakwa dirinya ditipu selepas menyertai sebuah peraduan silang kata, bulan lalu. Mohd Nor Atan, 65, berkata, dia tergerak hati untuk menyertai peraduan tersebut selepas membacanya di sebuah akhbar arus perdana sebelum menghantar penyertaan pada pertengahan bulan Disember lalu. “Salah … Read more

Jumpa bayi di belakang rumah

SEGAMAT – Seorang penduduk di Kampung Logah, di sini, tidak menyangka tangisan yang didengarinya pada awal pagi tadi merupakan tangisan seorang bayi yang dipercayai dibuang. Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, bayi perempuan tanpa seurat benang terbabit ditemui dalam keadaan tertiarap di atas rumput di belakang sebuah rumah penduduk. Lebih memilukan, bayi seberat dua … Read more

Sultan mencemar duli ke Segamat buat kali kedua

SEGAMAT – Penduduk daerah ini sekali lagi bertuah apabila Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan mencemar duli untuk kali kedua pada bulan yang sama. Pada cemar duli yang pertama pada 4 Januari lalu, baginda berkenan untuk melawat serta menyampaikan bantuan kepada 25 mangsa banjir Kampung Seberang Batu Badak di Balairaya Kampung Gemereh 4, … Read more

Polis Segamat lipatgandakan usaha banteras judi pada tahun ini

SEGAMAT – Polis daerah ini akan sentiasa melipatgandakan usaha untuk membanteras kegiatan judi di daerah Segamat pada tahun ini sama ada melibatkan judi atas talian, judi ekor haram dan judi dalam bangunan. Ketua Polis Daerah Segamat, Supritendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, sejak Oktober tahun lalu sehingga awal Januari tahun ini, pihaknya telah membuat 21 serbuan … Read more