Hospital Segamat cari waris mayat

SEGAMAT – Hospital Daerah Segamat (HDS) ingin meminta bantuan orang ramai bagi mengesan waris kepada satu mayat yang tidak dituntut yang kini berada di rumah mayat HDS. Pengarahnya, Dr Aman Rabu berkata, mayat lelaki yang hanya dikenali sebagai Nasir dan dianggarkan berumur 40 tahun itu tidak dituntut oleh warisnya melebihi 72 jam. “Selain nama yang … Read more

Maut selepas kenderaan terbabas

SEGAMAT – Seorang pemuda yang sedang dalam perjalanan ke tempat kerjanya maut selepas kereta yang dipandu hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan di Jalan Tahang Rimau, di sini, semalam. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Abdullah, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Herman Amat berkata, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 6.10 pagi semalam menyebabkan mangsa, T Vellu, … Read more

Tinggal sehelai sepinggang selepas rumah musnah terbakar

SEGAMAT – Sebuah keluarga di Felda Pemanis 1, di sini, tinggal dalam keadaan sehelai sepinggang apabila rumah mereka musnah terbakar dalam kejadian kira-kira pukul 9.45 malam kelmarin. Mohamad Nor Husin, 61, berkata, ketika kejadian dia bersama isteri, Habshah Siron, 56, bersama anak, menantu, serta cucunya tiada di rumah kerana keluar ke bandar untuk mengisi minyak … Read more

Sanggup tangguh pengajian untuk jaga bapa sakit

LABIS – Seorang anak di Taman Suria, di sini, sanggup menangguhkan pengajiannya selama satu semester di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) semata-mata untuk menjaga bapanya yang sedang sakit. Nurul Atikah Halidek, 20, berkata, dia yang mengambil jurusan Rekaan Grafik di Kolej Cosmopoint Johor Bahru terpaksa berbuat demikian selepas bapanya, Halidek Dahalan, 51, disahkan menghidap penyakit … Read more

Pejabat JPJ Cawangan Segamat Berpindah

SEGAMAT – Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Segamat yang dahulu beroperasi di Bandar Utama kini bertukar lokasi ke Taman Genuang Perdana bersebelahan Pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Segamat. Orang ramai yang ingin melakukan urusan berkaitan seperti memperbaharui lesen dan insurans kenderaan juga lebih mudah dan selesa kerana turut disediakan lot parkir kenderaan yang … Read more

Sultan Johor lawat mangsa banjir

SEGAMAT – Banjir yang melanda daerah ini sejak Sabtu lalu mendapat perhatian dari Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang berkenan melawat mangsa di pusat pemindahan banjir di Balairaya Gemereh 4, di sini, hari ini. Baginda yang diiringi oleh Pegawai Daerah Segamat, Ahmad Ma’in dan ketua-ketua jabatan di daerah ini tiba di Balai Raya Gemereh … Read more

Segamat destinasi pilihan pertama

SEGAMAT – Muslimin dan muslimat khususnya penduduk daerah ini dijemput menghadiri Forum Perdana Ehwal Islam di Dewan Serbaguna Segamat pada 7 Januari 2016 (Khamis) yang akan disiarkan secara langsung melalui TV1 pada jam 9 malam. ADUN Kemelah, Datuk Ayub Rahmat berkata, forum tersebut yang merupakan julung kali diadakan di daerah ini merupakan anjuran bersama Jawatankuasa … Read more

Ditangkap penduduk kampung selepas langgar warga emas

SEGAMAT – Tindakan dua pemuda yang ingin melarikan diri selepas melanggar seorang warga emas di Jalan Mariani, Kampung Jawa, di sini, tidak berjaya selepas mereka diberkas oleh penduduk kampung. Sumber Komuniti Facebook Segamat berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 11.05 pagi tadi selepas kereta Proton Iswara yang dinaiki dua lelaki tersebut telah melanggar motosikal Modenas Kriss … Read more

Perlawanan amal untuk Yussalman Jumaat ini

SEGAMAT – Satu perlawanan amal persahabatan bola sepak akan diadakan pada Jumaat ini bagi mengutip dana untuk membantu bekas pemain Johor, Yussalman Jusoh, 36, yang kini lumpuh. Bekas pemain Johor, Azmil Azali berkata, perlawanan tersebut yang akan diadakan di Padang Batu Hampar, di sini, akan menemukan bekas-bekas pemain Johor pada tahun 1992 hingga 1997 bertemu … Read more

Bekas pemain Johor kini terlantar lumpuh

SEGAMAT – Bekas pemain bola sepak yang pernah mewakili Johor dalam saingan Liga Malaysia dan Piala Malaysia pada tahun 2000 kini terlantar akibat lumpuh daripada paras bahu ke bawah selepas terlibat dalam kemalangan pada tahun 2011. Bekas pemain pertahanan Johor, Mohd Yussalman Jusoh, 36, berkata, dalam kejadian 29 September 2011 kira-kira pukul 11 malam itu, … Read more