Pejabat JPJ Cawangan Segamat Berpindah
SEGAMAT – Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Segamat yang dahulu beroperasi di Bandar Utama kini bertukar lokasi ke Taman Genuang Perdana bersebelahan Pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Segamat.
Orang ramai yang ingin melakukan urusan berkaitan seperti memperbaharui lesen dan insurans kenderaan juga lebih mudah dan selesa kerana turut disediakan lot parkir kenderaan yang banyak.

Lokasi terkini JPJ Cawangan Segamat di Taman Genuang Perdana
Waktu beroperasi juga turut dikekalkan seperti sebelum ini iaitu dari hari Ahad sehingga Khamis bermula 8 pagi hingga 5 petang dan tutup pada hari Jumaat dan Sabtu selain cuti-cuti am.
(Visited 3,129 times, 1 visits today)
« Sultan Johor lawat mangsa banjir (Artikel Sebelumnya)
(Artikel Seterusnya) Segamat Pada Tahun 1917 »


