Polis Segamat jamin tindakan berterusan terhadap kesalahan muatan lori berlebihan.

SEGAMAT – Ketua Polis Daerah Segamat, Supritendan Mohd Kamil Sukarmi menyangkal dakwaan awam yang dibuat melalui laman sesawang facebook yang menyatakan bahawa pihak berkuasa khususnya polis IPD Segamat tidak mengambil tindakan terhadap kegiatan pengusaha pengangkutan khasnya motolori yang membawa muatan kayu getah secara merbahaya dan juga kurang peka dengan kegiatan rempit serta lumba haram disekitar Segamat dan Labis.

Lori yang ditahan membawa muatan berlebihan. | Foto Kredit Polis Daerah Segamat
Lori yang ditahan membawa muatan berlebihan. | Foto Kredit Polis Daerah Segamat

Menurutnya, beliau telah mempertanggungjawabkan dan memberi arahan kepada Ketua Bahagian Ketenteraman Awam/Trafik dan juga Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah IPD Segamat supaya mengambil tindakan terhadap kegiatan motolori yang membawa muatan kayu getah melebihi had dan boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalanraya yang lain.

Sejak beberapa bulan lalu, banyak motolori yang telah diambil tindakan saman terutamanya pada waktu siang dimana jalanraya masih sesak dengan pengguna jalanraya.

Akibat tindakan saman dari pihak polis, beliau mengakui ada pengusaha lori tersebut terpaksa mengubah cara operasi mereka dengan bergerak pada waktu tengah malam bagi mengelak tindakan pihak berkuasa.

Walaubagaimanapun, pihak polis terutamanya Cawangan Kereta Peronda ( MPV ) dan Unit Ronda Bermotosikal ( URB ) akan sentiasa bergerak dan mengambil tindakan di kawasan rondaan mereka.

Berhubung kegiatan rempit dan motosikal yang menunggang secara merbahaya, beliau berkata bahawa Cawangan Trafik Segamat sentiasa mengadakan operasi motosikal setiap hujung minggu terutama pada malam Sabtu dan Ahad.

Tumpuan utama diberikan adalah di persekitaran Dataran Segamat, Jalan Genuang berhampiran pintu gerbang Mahkota Johor, Jalan Muar menghala ke Jementah dan juga Jalan lebuhraya Segamat-Kuantan sehingga ke persimpangan Felda Pemanis.

Pemeriksaan juga dilakukan terhadap penunggang motosikal untuk menangani gejala rempit dan lumba haram. | Foto Kredit Polis Daerah Segamat
Pemeriksaan juga dilakukan terhadap penunggang motosikal untuk menangani gejala rempit dan lumba haram. | Foto Kredit Polis Daerah Segamat

Ketua Polis Balai Labis, Inspektor Chan Kok Chuan juga turut memaklumkan bahawa beliau dan anggota sentiasa mengadakan operasi motosikal setiap hujung minggu dan melakukan pemeriksaan secara snap check di kawasan pekan Labis dan juga dikawasan taman-taman perumahan di Labis.

Pada 8 Januari lalu juga beliau telah mengadakan Ops Rempit di kawasan labis dengan kekuatan bantuan 2 orang Pegawai Kanan dan 11 anggota trafik, 2 anggota Kereta Peronda serta 11 anggota Sukarelawan Simpanan Polis.

Dalam operasi yang dijalankan seramai 107 orang dan 80 buah kenderaan telah diperiksa termasuk 50 buah motosikal. Sebanyak 32 saman pelbagai kesalahan telah dikeluarkan manakala 10 buah motolori yang membawa kayu getah berlebihan dan merbahaya telah dikeluarkan tindakan saman. 8 buah dari motosikal telah disita oleh pihak polis.

“Tindakan terhadap motolori tersebut serta penguatkuasaan terhadap remaja rempit akan dilakukan secara beterusan dari masa ke semasa.” kata Supritendan Mohd Kamil Sukarmi melalui laman sesawang Polis Daerah Segamat.

(Visited 545 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!