MAINJ sasar Johor sifar miskin lima tahun lagi

LABIS – Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) yakin sasarannya menjadikan negeri Johor sebagai negeri sifar fakir miskin dalam tempoh lima tahun akan datang mampu menjadi kenyataan. Penasihatnya, Datuk Nooh Gadut berkata, sehubungan itu pihak MAINJ sedang giat menjalankan usaha mengenalpasti golongan tersebut melalui Jelajah Asnaf yang diadakan ke setiap seluruh pelusuk negeri ketika ini. … Read more

Bekas tentera kini usahawan pekasam

SEGAMAT – Usaha seorang bekas anggota tentera yang mempelajari cara-cara pembuatan ikan pekasam sewaktu tempoh perkhidmatannya nyata tidak sia-sia apabila kini dia berjaya menjadi usahawan ikan pekasam. Mohd Zin Mohd Lani, berkata, selepas bersara wajib pada dua tahun lalu, dia mengambil keputusan untuk pulang ke kampung isterinya, Salina Hashim, 44, di Felda Kemelah, di sini, … Read more

Setia menjaga isteri sakit

LABIS – Seorang suami di Kampung Orang Asli Ulu Juaseh, di sini, sanggup meninggalkan kerja dan rutin hariannya semata-mata mahu menjaga dan berada di sisi isterinya yang menghidap barah saluran pernafasan tahap empat sejak tujuh bulan lalu. Wahab Teypia, 58, berkata, dia tidak boleh meninggalkan isterinya, Saayah Manggok, 58, untuk ke hutan mencari rezeki seperti … Read more

Pekebun kecil mahu bantuan IPG ditambah

SEGAMAT – Kebanyakan pekebun kecil getah di daerah ini meminta kerajaan agar menaikkan kadar harga jualan getah beku di peringkat ladang dan kadar bantuan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) kerana lebih 50 peratus pendapatan mereka berkurangan ketika ini. Penoreh getah, Mohd Pisal Idris, 62, berkata, sejak November lalu, Lembaga Getah Malaysia (LGM) menetapkan pekebun kecil akan … Read more

Bapa sambut cucu lahir dalam kereta

SEGAMAT – Seorang anak peneroka Felda Pemanis 2, di sini, terpaksa melahirkan anak keduanya di dalam kereta dengan disambut oleh bapanya sendiri di hadapan Klinik 1Malaysia (K1M) Taman Yayasan, di sini, Ahad lalu. Norsahida Sabran, 29, berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 8.20 malam itu, dia melahirkan bayi perempuannya di tempat duduk belakang kereta Proton Saga … Read more

Ibu tunggal rayu anak pulang ke pangkuan

LABIS – Seorang ibu tunggal di Felda Maokil, di sini, merayu supaya anak perempuannya yang merupakan anak kelima dari enam beradik agar pulang ke pangkuan keluarga selepas tiga bulan menghilangkan diri. Jamaliah Miskun, 54, berkata, anaknya, Nurul Asmiza Tukiman, 24, dipercayai dibawa lari oleh seorang lelaki warganegara Indonesia yang merupakan rakan sekerjanya di sebuah kilang … Read more

Premis niaga perlu patuhi spesifikasi papan iklan

SEGAMAT – Majlis Daerah Segamat (MDS) akan menyusun semula pemasangan papan iklan di kawasan pentadbirannya bermula Januari 2016 ini bagi menjaga keselamatan, keselesaan penduduk dan meningkatkan lagi keindahan bandar. Ketua Whipnya, Kamal Abdul Rahman berkata, penguatkuasaan peraturan ini selaras dengan arahan yang dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor yang mahukan semua premis kedai selamat, … Read more

Peneroka kesal kebun dipenuhi semak samun

LABIS – Seramai 79 peneroka peringkat dua Felda Tenang, di sini, mendakwa kebun mereka tidak diuruskan dengan baik oleh pihak bertanggungjawab apabila mendapati sebahagian besar anak benih pokok kelapa sawit di kebun mereka yang mati akibat diserang kumbang. Peneroka, Abdul Wahab Mokhtar, 76, berkata, dia berasa terkilan apabila anak benih yang mati dan terencat akibat … Read more

Harap adik untuk uruskan diri

SEGAMAT – Seorang lelaki yang tinggal seorang diri terpaksa mengharap bantuan adiknya yang juga seorang ibu tunggal untuk membantu menguruskan dirinya selepas tidak mampu berjalan akibat menghidapi pelbagai penyakit sejak dua tahun lalu. Ahmad Saufi Haron, 44, yang tinggal di Kampung Tenang, di sini, berkata dia bukan sahaja tidak mampu berjalan, malah turut hilang daya … Read more

Pengusaha ubat Cina rugi RM8,000

SEGAMAT – Seorang pengusaha kedai menjual ubat-ubatan tradisional Cina di Jalan Ibrahim, di sini, mengalami kerugian kira-kira RM8,000 selepas sebuah bekas kaca mengandungi gamat laut dicuri. Pemilik kedai yang ingin dikenali sebagai Ah Soon, 45, berkata, dia hanya menyedari kejadian tersebut pada 21 Januari yang lalu kira-kira pukul 12.15 tengahari apabila ada pelanggannya yang mahu … Read more