SEGAMAT – Majlis Daerah Segamat (MDS) akan menyusun semula pemasangan papan iklan di kawasan pentadbirannya bermula Januari 2016 ini bagi menjaga keselamatan, keselesaan penduduk dan meningkatkan lagi keindahan bandar.

Ketua Whipnya, Kamal Abdul Rahman berkata, penguatkuasaan peraturan ini selaras dengan arahan yang dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor yang mahukan semua premis kedai selamat, seragam dan tidak menutup tingkap kedai.

“Apa yang dilakukan ini selaras dengan Undang-Undang Kecil (UUK) Majlis Daerah Segamat Utara (MDSU) 1942, Akta Kerajaan Tempatan 1976, Seksyen 102 dan 102A yang telah menggariskan agar papan iklan di premis perniagaan tidak menutup tingkap atau fasad kedai.

“Baru-baru ini juga, kakitangan MDS telah melakukan operasi bagi memastikan setiap premis perniagaan memasang iklan mengikut spesifikasi yang ditetapkan,” katanya ketika Mesyuarat Penuh MDS Bulan Januari di MDS.

Menurutnya, MDS juga telah menghantar notis kepada semua premis bermula Ogos 2015 dan bagi pemilik premis yang tidak mematuhi peraturan, mereka diminta untuk menurunkan papan iklan tersebut dengan serta merta.

Kamal Abdul Rahman
Kamal Abdul Rahman

Pada masa sama, MDS sentiasa mengambil serius berkaitan dengan kebersihan di sekitar kawasan Segamat bukan sahaja melibatkan jalan-jalan protokol tetapi juga kawasan bandar dan premis awam.

“Selain itu, program kebersihan lain yang sentiasa dipergiatkan adalah di kawasan yang dikenal pasti mempunyai kes denggi dan perlu diambil perhatian yang serius oleh semua pihak agar kita dapat bersama-sama mengawal penyakit ini daripada terus merebak.

“Kami juga meminta orang awam khususnya penduduk daerah ini supaya dapat bersama-sama menjayakan usaha kerajaan untuk menjaga kebersihan kawasan sekitar kerana ini penting agar memberi persepsi yang baik kepada pengunjung di daerah ini,” katanya.

Ops membuka papan iklan lucah baru-baru ini atas maklumat dan aduan awam melalui Facebook
Ops membuka papan iklan lucah baru-baru ini atas maklumat dan aduan awam melalui Facebook

Selain itu, kemudahan Johor Free WiFi di Dataran Segamat, Terminal Pengangkutan Awam Segamat, Taman Batu Hampar, Taman Rekreasi Sungai Kapeh dan Pejabat MDS juga telah boleh digunakan oleh penduduk di daerah ini.

(Visited 283 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!