HDS akan terima pertambahan 256 katil

SEGAMAT – Kementerian Kesihatan akan menambah sebanyak 256 katil pesakit lagi di Hospital Daerah Segamat (HDS) apabila usaha menaik taraf hospital tersebut kepada hospital pakar dengan kos sebanyak RM50 juta siap sepenuhnya dalam tempoh tiga tahun lagi. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, ketika ini HDS menawarkan perkhidmatan  dalam 11 bidang kepakaran seperti … Read more

GiatMara pilihan terakhir?

SEGAMAT – Pusat latihan GiatMara tidak wajar dilihat sebagai pilihan kedua atau terakhir sekiranya ingin menyambung pelajaran kerana institusi ini terbukti mampu melahirkan tenaga mahir dalam pelbagai bidang. Pengarah GiatMara Johor, Mohamad Merjuki Kasanwidi berkata, beliau mengakui bhawa selama ini terdapat keraguan di kalangan masyarakat terhadap sijil kemahiran yang dikeluarkan oleh GiatMara itu sendiri. “Usah … Read more

Harap bekalan elektrik dan air disegerakan

SEGAMAT – Akibat ketiadaan bekalan elektrik dan air, kira-kira 30 pemilik rumah di kawasan Perumahan Generasi Kedua Felda Tenang, di sini, terpaksa menangguhkan hasrat mereka untuk menduduki rumah baharu tersebut. Salah seorang pemilik, Baharum Said, 57, berkata, disebabkan masalah tersebut juga, harapannya untuk melangsungkan majlis perkahwinan anak perempuan sulungnya, Nurul Safinah Hazirah, 25, di rumah baharu itu pada 22 … Read more

Bangunkan tanah rayau Orang Asli

LABIS – Agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) diminta membantu membangunkan kawasan ‘tanah rayau’ Orang Asli di daerah ini dengan aktiviti pertanian bagi menjana pendapatan mereka. Adun Tenang, Mohd Azahar Ibrahim berkata, langkah tersebut perlu memandangkan kebanyakan kawasan tanah rayau tersebut hanya dipenuhi dengan semak samun dan boleh dimanfaatkan untuk … Read more

Terlantar hidap kanser tahap empat

SEGAMAT – Seorang pemuda di Kampung Padang Kiambang, di sini, terpaksa mengharapkan bantuan ibu dan adik beradiknya yang lain untuk menguruskan diri selepas dikesan menghidap kanser hati tahap empat. Zanariah Hamdan, 36, berkata, adiknya, Muhamad Saiful Nizam, 32, dikesan menghidap penyakit tersebut pada 27 Disember tahun lalu selepas mengadu tidak selesa pada bahagian perutnya. “Sebelum … Read more

Warga emas tabah jaga suami dan anak

SEGAMAT – Seorang warga emas di Kampung Gubah, di sini, setia menjaga suami dan anak perempuan tunggalnya yang menghidap penyakit mental di rumah usang peninggalan keluarga mereka. Zainab Mohd Salleh, 72, berkata, suaminya, Mohd Nor Umar, 74, kini hanya menghabiskan masanya dengan duduk di dalam rumahnya sahaja bersama anak tunggalnya, Siti Hawa, 36, selepas kedua-dua … Read more

982 pasukan Combi berjaya ditubuhkan di Johor

SEGAMAT – Sebanyak 982 pasukan Program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkahlaku (Combi) berjaya ditubuhkan bagi membantu mengawasi dan menangani penularan wabak denggi di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, jumlah tersebut berjaya menghampiri sasaran yang telah ditetapkan olehnya pada tahun lalu iaitu sebanyak 1,000 pasukan. “Pada tahun ini, kerajaan negeri akan … Read more

Rumah wartawan dipecah masuk

SEGAMAT – Seorang wartawan sebuah akhbar berbahasa Cina kerugian hampir RM4,000 setelah rumah sewanya Bandar IOI, di sini, dipecah masuk oleh dua lelaki, kira-kira pukul 7 pagi kelmarin. Mangsa, Tan Hao Sui, 38, yang bertugas dengan akhbar Sin Chew Jit Poh, berkata, ketika kejadian dia tiada di rumah kerana pulang ke kampung halamannya di Sungai … Read more

Pusat pemindahan banjir di Kampung Awat dibuka

SEGAMAT – Seramai 15 mangsa banjir daripada empat keluarga di Kampung Awat, Batu Anam, di sini, dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Balairaya Kampung Awat selepas hujan lebat dan paras air Sungai Awat melimpah, pagi semalam. Salah seorang mangsa banjir, Norsyakila Kamarthay, 33,  berkata, air mula melimpahi tebing sungai serta memasuki rumahnya yang terletak kira-kira 50 … Read more

Tabah besarkan ‘anak-anak syurga’

SEGAMAT – Sepasang suami isteri di Kampung Batu Hampar, di sini, tidak pernah sesekali menyalahkan takdir dan menerima hakikat bahawa tujuh anak mereka yang dilahirkan tidak sempurna dan berstatus orang kelainan upaya (OKU). Nasaruddin Hassan, 68, berkata, hasratnya bersama isterinya, Kalthom Mohamad, 62, untuk mendengar anak-anaknya memanggil mereka dengan panggilan ibu dan ayah juga mungkin … Read more