Amalan Dhuha rahsia kejayaan

SEGAMAT – Amalan melakukan solat sunat dhuha dan hajat setiap hari merupakan rutin harian tiga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Segamat, di sini, yang mencatatkan keputusan cemerlang 11A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015. Mohd Iqbal Mubarak Jamali, 18, berkata, selain sentiasa konsisten dalam mengamalkan solat sunat tersebut, dia sentiasa mendapatkan nasihat daripada guru … Read more

MDL atasi masalah anjing liar

LABIS – Kehadiran anjing liar yang berkeliaran di beberapa kawasan perumahan dekat sini sehingga mengundang ketidakselesaan dalam kalangan penduduk sedang diambil tindakan oleh Majlis Daerah Labis (MDL). Adun Tenang, Mohd Azahar Ibrahim berkata, berdasarkan aduan masyarakat setempat, pihaknya mendapati gangguan anjing liar begitu ketara di beberapa kawasan di sekitar Pekan Labis terutamanya di kawasan taman dan kampung-kampung baru. “Saya berharap … Read more

Harap bantuan darah O negatif untuk isteri

SEGAMAT – Seorang suami di Kampung Jawa, di sini, memerlukan bantuan orang ramai yang mempunyai darah jenis O negatif dan berantibodi untuk mendermakannya kepada isterinya yang kini menghidap penyakit kanser rahim tahap dua. Hashim Sulaiman, 54, berkata, isterinya, Yanda Yani Dukut, 53, disahkan menghidap penyakit tersebut selepas menjalani pemeriksaan pengimbasan tomografi berkomputer atau CT Scan di Hospital Daerah … Read more

Balu tidak sangka terima bantuan Perkeso

SEGAMAT – Seorang petugas Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Nurkasih Felda Pemanis, di sini, tidak menyangka akan menerima Faedah Pengurusan Mayat (FPM) daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Segamat. Roslinda Roslan, 32, berkata, suaminya, Hairuddin Mohd Nasir, 36, meninggal dunia di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar pada malam 6 Februari lalu selepas mengalami komplikasi pada jantungnya. … Read more

Inisiatif bantu ibu tunggal dan suri rumah

LABIS – Golongan ibu tunggal dan suri rumah di Parlimen Labis digesa mengambil peluang dan memanfaatkan program keusahawanan seperti sulaman, jahitan dan cetakan baju bagi menambah pendapatan mereka. Ahli Parlimen Labis, Datuk Chua Tee Yong berkata, inisiatifnya untuk kewujudan Pusat Latihan dan Keusahawanan Labis dengan kerjasama Yayasan Salam Malaysia (Salam) juga bagi mewujudkan peluang pekerjaan … Read more

Bantuan Awal Persekolahan ringankan beban pekebun kecil

LABIS – Pekebun kecil getah dan sawit di daerah ini yang mempunyai anak bersekolah mungkin boleh menarik nafas lega seketika apabila Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM100 mula diagihkan bermula minggu lalu. Seorang bapa di Pekan Air Panas, di sini, Syahidin Mustapha, 38, berkata, ekoran kejatuhan harga dua komoditi tersebut, bantuan seperti ini sedikit sebanyak menolong … Read more

Ahli Majlis MDL perlu lebih integriti

LABIS – Ahli Majlis serta kakitangan Majlis Daerah Labis (MDL) diingatkan agar sentiasa mengamalkan intregriti yang tinggi semasa menjalankan tugas bagi memastikan peranan MDL sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) dapat terus dipertingkatkan. Adun Tenang, Mohd Azahar Ibrahim berkata, 24 Ahli Majlis yang mewakili setiap zon di kawasan pentadbiran MDL juga perlu lebih proaktif serta mengamalkan … Read more

RM548,345 kepada pekebun kecil getah Segamat

SEGAMAT – Pekebun kecil getah di daerah ini yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) menerima peruntukan sebanyak RM548,345 melalui Skim Insentif Produktiviti Getah (SIPG). Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, dengan kadar bantuan RM317 sehektar, anggaran keluasan kebun di daerah ini yang menerima bantuan tersebut adalah … Read more

Keluarga mangsa kemalangan terima bantuan

SEGAMAT – “Dia bukan seorang guru dan tidak mengandung seperti yang diviralkan di media sosial,” tegas seorang bapa, Na’amat Sulaiman, 54, selepas anak sulungnya, Sumaiyah, 32, terlibat dalam kemalangan maut di Kampung Tanjung Cempaka, Pahang, baru-baru ini. Na’amat yang menetap di Kampung Berata, di sini, berkata, dakwaan tersebut tidak berasas kerana anak sulung daripada 11 … Read more

Harap isteri untuk uruskan diri selepas lumpuh

SEGAMAT – Seorang suami di Kampung Spang Loi, di sini, terpaksa mengharapkan bantuan isterinya untuk bergerak dan menguruskan diri selepas disahkan lumpuh separuh badan bermula dari bahagian pinggang ke bawah pada Oktober tahun lalu. Mohd Bakri Rahmat, 40, berkata, kini, segala urusan rumah termasuk keperluan enam anaknya terpaksa dipikul di bahu isterinya, Rozana Abdullah, 30, … Read more