LABIS – Ahli Majlis serta kakitangan Majlis Daerah Labis (MDL) diingatkan agar sentiasa mengamalkan intregriti yang tinggi semasa menjalankan tugas bagi memastikan peranan MDL sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) dapat terus dipertingkatkan.

Adun Tenang, Mohd Azahar Ibrahim berkata, 24 Ahli Majlis yang mewakili setiap zon di kawasan pentadbiran MDL juga perlu lebih proaktif serta mengamalkan konsep turun padang bagi mendekati dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pembayar cukai.

“Mereka juga perlu menambah ilmu terutama dalam hal berkaitan seperti memahami dengan lebih mendalam kandungan serta definisi yang terkandung di dalam Akta 171 (1976) bagi mengelakkan sebarang kekeliruan sepanjang mereka menjalankan tanggungjawab,

“Kegagalan mempersiapkan diri dengan ilmu berkaitan bukan sahaja boleh menyebabkan mereka tidak dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna, malah akan memberi gambaran buruk terhadap MDL keseluruhannya,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Yayasan Majlis Daerah Labis (YMDL) berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis angkat sumpah Ahli Majlis Daerah Labis di Bilik Mesyuarat MDL, baru-baru ini.

Turut hadir ialah Yang Dipertua MDL, Ahmad Ma’in; Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Labis, Mohd Ezahar Abu Sairin dan Ketua Whipnya, Mansor Birat.

Mohd Azahar (duduk, tiga kiri) bersama Ahli Majlis MDL bagi sesi 2016-2017
Mohd Azahar (duduk, tiga kiri) bersama Ahli Majlis MDL bagi sesi 2016-2017

Katanya, semua Ahli Majlis yang dilantik juga harus sentiasa sedar bahawa jawatan yang diberikan merupakan satu amanah serta tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin, bukan untuk kepentingan diri sendiri atau bermegah-megah.

“Adalah tidak wajar hanya disebabkan kurang kefahaman terhadap peranan yang harus dimainkan oleh segelintir Ahli Majlis sehingga menyebabkan MDL sebagai PBT menerima kesannya daripada tindakan tersebut.

“Dalam pada itu, saya berharap agar Ahli Majlis yang baharu dilantik dapat berkerjasama meningkatkan hasil kutipan cukai dengan cara memainkan peranan memberikan kesedaran terhadap tanggungjawab membayar cukai kepada penduduk di zon masing-masing,” katanya.

 Pada masa sama, beliau meminta Ahli Majlis yang dilantik supaya menjaga kerahsiaan seperti yang termaktub oleh undang-undang dan menepati kunci indeks prestasi (KPI) yang ditetapkan termasuk menghadiri mesyuarat.

Sementara itu, Mansor berkata, perlantikan Ahli Majlis bagi tempoh 1 Februari 2016 hingga 31 Disember 2017 itu menyaksikan lapan muka baharu iaitu empat daripada Umno, MCA (dua), MIC (satu) dan Gerakan (satu).

(Visited 520 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!