LABIS – Kehadiran anjing liar yang berkeliaran di beberapa kawasan perumahan dekat sini sehingga mengundang ketidakselesaan dalam kalangan penduduk sedang diambil tindakan oleh Majlis Daerah Labis (MDL).

Adun Tenang, Mohd Azahar Ibrahim berkata, berdasarkan aduan masyarakat setempat, pihaknya mendapati gangguan anjing liar begitu ketara di beberapa kawasan di sekitar Pekan Labis terutamanya di kawasan taman dan kampung-kampung baru.

“Saya berharap MDL akan menangkap semua anjing liar yang didapati tidak mempunyai penjaga dan anjing berlesen yang gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan selepas ini selain bertindak berdasarkan aduan pembayar cukai di sini.

“Selain MDL, agensi kerajaan lain seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar juga boleh membantu usaha MDL bagi mengurangkan lagi kes gangguan anjing liar atau melakukan operasi secara bersama,” katanya kepada Komuniti Facebook Segamat

Mohd Azahar Ibrahim
Mohd Azahar Ibrahim

.

Menurutnya, setiap rumah teres dan pangsa juga hanya dibenarkan membela seekor anjing sahaja, manakala rumah banglo dibenarkan dua ekor anjing sahaja selain pemilik harus mempunyai lesen yang sah.

Katanya, terdapat juga segelintir pemilik anjing yang tidak sanggup membela anjing tersebut dan kemudian melepaskannya begitu sahaja sehingga mengganggu ketenteraman dan keselamatan penduduk setempat.

(Visited 614 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!