SEGAMAT – Seorang suami di Kampung Jawa, di sini, memerlukan bantuan orang ramai yang mempunyai darah jenis O negatif dan berantibodi untuk mendermakannya kepada isterinya yang kini menghidap penyakit kanser rahim tahap dua.

Hashim Sulaiman, 54, berkata, isterinya, Yanda Yani Dukut, 53, disahkan menghidap penyakit tersebut selepas menjalani pemeriksaan pengimbasan tomografi berkomputer atau CT Scan di Hospital Daerah Segamat (HDS) pada 1 Mac, lalu.

Maya Suzila (kanan) bersama bapanya menunjukkan gambar ibunya yang sedang menderita kanser rahim
Maya Suzila (kanan) bersama bapanya menunjukkan gambar ibunya yang sedang menderita kanser rahim

“Sepatutnya jika mengikut perancangan, isteri saya perlu menjalani pembedahan hari ini (semalam) namun doktor terpaksa tangguhkannya kerana pihak hospital tidak mempunyai bekalan darah yang sama dengan darah isteri saya.

“Bagaimanapun, isteri terpaksa ditahan di dalam wad sementara waktu dan tidak dibenarkan pulang kerana doktor perlu memantaunya setiap masa kerana darah sentiasa keluar pada kemaluannya,” katanya kepada Komuniti Facebook Segamat, semalam.

Menurut bapa kepada tiga anak itu, pada bulan Julai tahun lalu, isterinya mengadu kepadanya bahawa darah haidnya berlarutan lebih daripada dua minggu dan tidak menunjukkan sebarang tanda untuk berhenti namun tidak mengesyaki apa-apa.

Katanya, dia kemudian membawa isterinya ke HDS untuk menjalani rawatan dan terpaksa ditahan selama beberapa hari kerana keadaannya yang semakin lemah selain mempunyai penyakit tekanan darah rendah dan kencing manis yang terlalu tinggi.

“Saya tidak sangka pula itu merupakan tanda-tanda awal isteri saya menghidap kanser rahim dan sekarang sudah hampir sembilan bulan isteri saya keluar masuk hospital dan pihak hospital juga terpaksa meminta bekalan darah jenis O negatif daripada hospital-hospital lain.

Maya (kanan) bersama ibunya yang sedang ditahan di HDS
Maya (kanan) bersama ibunya yang sedang ditahan di HDS

“Pada bulan November tahun lalu, isteri saya terpaksa menjalani pembedahan membuang hempedunya kerana mempunyai batu karang dan ketika itu doktor terpaksa memberikan ubat agar darah pada kemaluannya berhenti mengalir untuk seketika,” katanya.

Bagi anak bongsu Hashim, Maya Suzila, 25, berkata, kelmarin, dia bersama adik beradiknya dan enam ahli keluarga ibunya telah menjalani pemeriksaan darah di HDS bagi mengenalpasti siapa yang mempunyai darah yang sama dengan ibunya itu.

Menurutnya, keputusan ujian darah tersebut juga akan diketahui dalam masa terdekat ini selain ibunya terpaksa memakai 10 lampin wanita khas setiap hari serta tidak boleh melakukan sebarang pekerjaan berat kerana akan mudah mengalami keletihan.

“Sekiranya salah seorang daripada kami mempunyai darah yang sama, doktor akan segera melakukan pembedahan namun kami tetap memerlukan bantuan dari mereka yang mempunyai jenis darah yang sama untuk membantu kami.

“Sekiranya pembedahan dapat dilakukan dalam masa terdekat, majlis perkahwinan saya yang dijangka pada hujung bulan April ini akan diteruskan dan jika sebaliknya, saya perlu berbincang bersama keluarga saya dan keluarga tunang untuk memindanya,” katanya.

Menurutnya, dia dan keluarganya juga tepaksa membelanjakan kira-kira RM500 sebulan untuk kos rawatan ibunya selain dinasihatkan untuk berpindah oleh pemilik rumah sewanya akibat keadaan rumah sewa mereka yang semakin uzur.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Maya Suzila di talian 0197942940 atau menyalurkan terus melalui akaun Maybank miliknya yang bernombor 151520087566.

(Visited 1,101 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!