Usahawan Melayu Segamat disaran bersatu

SEGAMAT – Komuniti usahawan dan peniaga Melayu di daerah ini disaran supaya bersatu dan tolong menolong bagi membangunkan dan merancakkan lagi ekonomi dengan mengenepikan sifat hasad dengki. Adun Kemelah, Datuk Ayub Rahmat berkata, kebanyakan peniaga Melayu juga mempunyai sifat kurang senang melihat kejayaan orang lain namun pada masa sama kekuatan sendiri tidak cuba dibuktikan. “Ada … Read more

Program Insaniah tingkat imej Maij

Program Insaniah oleh Majlis Agama Islam Johor (Maij) merupakan satu inisiatif yang seharusnya dipuji dan menjadi ikutan agensi kerajaan lain di negeri ini untuk mendekati golongan yang memerlukan. Adun Buloh Kasap, Norshida Ibrahim berkata, program khidmat kemasyarakatan yang dianjurkan seperti ini juga dapat mempertingkatkan imej dan peranan Maij sebagai agensi yang bertanggungjawab menjaga kebajikan umat … Read more

Terlantar dan hilang ingatan selepas terlibat kemalangan

LABIS – Seorang lelaki di Kampung Sungai Gatom, di sini, hanya mampu terlantar selain mengalami masalah ingatan selepas terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Muar-Labis pada 1 Januari yang lalu. Isterinya, Norilah Ahmad, 50, berkata, disebabkan pendarahan teruk di kepala, suaminya, Mohd Khir Mohd Som, 53, kini hanya mengenali serta mengingati namanya serta anak-anaknya sahaja … Read more

JAINJ pandang serius kes perceraian di Johor

LABIS – Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) memandang serius kes perceraian dalam kalangan keluarga Islam di negeri ini dan pelbagai usaha sedang dijalankan bagi menangani masalah tersebut. Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Nooh Gadut berkata, langkah proaktif perlu diambil memandangkan Johor menduduki tempat ketiga di belakang Selangor dan Wilayah Perseketuan dalam … Read more

IASWJ akan mempunyai bangunan sendiri

SEGAMAT – Majlis Agama Islam Johor (Maij) akan terus memperkasakan Institut Ahli Sunnah Wal Jamaah (IASWJ) dengan merancang untuk membina satu kawasan khusus bagi IASWJ di Bandar Universiti Pagoh, dalam masa terdekat. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Rofiki Shamsudin berkata, kawasan berkeluasan kira-kira 10 ekar juga telah dipilih bagi menjadikan IASWJ ini sebagai pusat rujukan bagi … Read more

Ahli Majlis MDS perlu lebih proaktif

SEGAMAT – Ahli-ahli Majlis Daerah Segamat (MDS) termasuk semua kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) tersebut perlu proaktif dan efisien dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. Adun Pemanis, Lau Chin Hoon berkata, tugas yang dipertanggungjawabkan kepada mereka perlulah digalas dengan sebaiknya selain bertindak secara strategik untuk mencapai kecemerlangan se­perti yang diharapkan oleh rakyat. “Pembayar cukai di sini mengetahui peranan … Read more

Resah diserang ribuan ulat bulu

LABIS – Penghuni beberapa buah rumah di Perumahan Awam Labis, di sini, resah dan mengalami kegatalan pada seluruh badan apabila kawasan rumah mereka diserang oleh ribuan ulat bulu secara tiba-tiba sejak seminggu lalu. Penduduk, Zahid Abdul Ghani, 38, yang sudah lapan tahun tinggal di kawasan tersebut berkata, ini bukan kali pertama rumahnya diserang ulat bulu … Read more

Tidak perlu risau bumbung bocor lagi

SEGAMAT – Seorang ibu tunggal di Kampung Mensudut Pindah, di sini, tidak menyangka apabila terpilih sebagai salah seorang penerima bantuan Baik Pulih Rumah di bawah skim Pembangunan Rakyat (PBR) 2015 Dun Buloh Kasap. Norawati Yusof, 52, berkata, kerja-kerja baik pulih rumah peninggalan keluarganya itu juga telah bermula pada 18 November 2015 dan siap sepenuhnya pada … Read more

HDS akan terima pertambahan 256 katil

SEGAMAT – Kementerian Kesihatan akan menambah sebanyak 256 katil pesakit lagi di Hospital Daerah Segamat (HDS) apabila usaha menaik taraf hospital tersebut kepada hospital pakar dengan kos sebanyak RM50 juta siap sepenuhnya dalam tempoh tiga tahun lagi. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, ketika ini HDS menawarkan perkhidmatan  dalam 11 bidang kepakaran seperti … Read more

GiatMara pilihan terakhir?

SEGAMAT – Pusat latihan GiatMara tidak wajar dilihat sebagai pilihan kedua atau terakhir sekiranya ingin menyambung pelajaran kerana institusi ini terbukti mampu melahirkan tenaga mahir dalam pelbagai bidang. Pengarah GiatMara Johor, Mohamad Merjuki Kasanwidi berkata, beliau mengakui bhawa selama ini terdapat keraguan di kalangan masyarakat terhadap sijil kemahiran yang dikeluarkan oleh GiatMara itu sendiri. “Usah … Read more