Program Insaniah oleh Majlis Agama Islam Johor (Maij) merupakan satu inisiatif yang seharusnya dipuji dan menjadi ikutan agensi kerajaan lain di negeri ini untuk mendekati golongan yang memerlukan.

Adun Buloh Kasap, Norshida Ibrahim berkata, program khidmat kemasyarakatan yang dianjurkan seperti ini juga dapat mempertingkatkan imej dan peranan Maij sebagai agensi yang bertanggungjawab menjaga kebajikan umat Islam.

“Melalui program seperti ini, warga Maij dengan kerjasama pemimpin dan penduduk setempat dapat membantu anggota masyarakat yang memerlukan bantuan secara terus di lokasi yang ditetapkan.

“Ini sekaligus dapat menangkis persepsi negatif sesuatu jabatan dan sekiranya ada mereka yang didapati memerlukan bantuan seperti fakir miskin dan pesakit kronik, urusan tersebut dapat dipermudahkan terutamanya di kawasan pedalaman,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan baik pulih rumah dan bantuan fidyah fakir miskin di Kampung Lubok Kepong, di sini, baru-baru ini.

Norshida (kiri) mengaminkan bacaan doa selepas menyerahkan sumbangan daripada Maij.
Norshida (kiri) mengaminkan bacaan doa selepas menyerahkan sumbangan daripada Maij.

Menurutnya, program Insaniah selain membantu mereka yang kurang upaya, warga emas, ibu tunggal, warga miskin dan daif serta mempunyai anak ramai yang masih bersekolah, ianya juga dapat menunjukkan pengaliran wang zakat yang dibayar oleh umat Islam di negeri ini.

“Saya juga berharap masyarakat atau pimpinan di peringkat akar umbi agar memberikan kerjasama kepada Maij supaya melaporkan kes-kes kemiskinan yang berlaku agar bantuan dapat disalurkan segera.

“Tidak salah sekiranya agar menjadi ‘mata dan telinga’ bekerjasama membantu Maij melaporkan kepada pegawai terlibat sekiranya terdapat golongan miskin yang tidak menerima bantuan di sesuatu kawasan,” katanya.

Pada program tersebut, seramai 79 golongan asnaf di Dun Buloh Kasap menerima sumbangan fidyah fakir miskin manakala dua penduduk Kampung Lubok Kepong, di sini, menerima bantuan baik pulih rumah sebanyak RM5,000 daripada pihak Maij.

(Visited 193 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!