Harap bekalan elektrik dan air disegerakan

SEGAMAT – Akibat ketiadaan bekalan elektrik dan air, kira-kira 30 pemilik rumah di kawasan Perumahan Generasi Kedua Felda Tenang, di sini, terpaksa menangguhkan hasrat mereka untuk menduduki rumah baharu tersebut. Salah seorang pemilik, Baharum Said, 57, berkata, disebabkan masalah tersebut juga, harapannya untuk melangsungkan majlis perkahwinan anak perempuan sulungnya, Nurul Safinah Hazirah, 25, di rumah baharu itu pada 22 … Read more

Bangunkan tanah rayau Orang Asli

LABIS – Agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) diminta membantu membangunkan kawasan ‘tanah rayau’ Orang Asli di daerah ini dengan aktiviti pertanian bagi menjana pendapatan mereka. Adun Tenang, Mohd Azahar Ibrahim berkata, langkah tersebut perlu memandangkan kebanyakan kawasan tanah rayau tersebut hanya dipenuhi dengan semak samun dan boleh dimanfaatkan untuk … Read more

Terlantar hidap kanser tahap empat

SEGAMAT – Seorang pemuda di Kampung Padang Kiambang, di sini, terpaksa mengharapkan bantuan ibu dan adik beradiknya yang lain untuk menguruskan diri selepas dikesan menghidap kanser hati tahap empat. Zanariah Hamdan, 36, berkata, adiknya, Muhamad Saiful Nizam, 32, dikesan menghidap penyakit tersebut pada 27 Disember tahun lalu selepas mengadu tidak selesa pada bahagian perutnya. “Sebelum … Read more

Warga emas tabah jaga suami dan anak

SEGAMAT – Seorang warga emas di Kampung Gubah, di sini, setia menjaga suami dan anak perempuan tunggalnya yang menghidap penyakit mental di rumah usang peninggalan keluarga mereka. Zainab Mohd Salleh, 72, berkata, suaminya, Mohd Nor Umar, 74, kini hanya menghabiskan masanya dengan duduk di dalam rumahnya sahaja bersama anak tunggalnya, Siti Hawa, 36, selepas kedua-dua … Read more

982 pasukan Combi berjaya ditubuhkan di Johor

SEGAMAT – Sebanyak 982 pasukan Program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkahlaku (Combi) berjaya ditubuhkan bagi membantu mengawasi dan menangani penularan wabak denggi di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, jumlah tersebut berjaya menghampiri sasaran yang telah ditetapkan olehnya pada tahun lalu iaitu sebanyak 1,000 pasukan. “Pada tahun ini, kerajaan negeri akan … Read more

Rumah wartawan dipecah masuk

SEGAMAT – Seorang wartawan sebuah akhbar berbahasa Cina kerugian hampir RM4,000 setelah rumah sewanya Bandar IOI, di sini, dipecah masuk oleh dua lelaki, kira-kira pukul 7 pagi kelmarin. Mangsa, Tan Hao Sui, 38, yang bertugas dengan akhbar Sin Chew Jit Poh, berkata, ketika kejadian dia tiada di rumah kerana pulang ke kampung halamannya di Sungai … Read more

Pusat pemindahan banjir di Kampung Awat dibuka

SEGAMAT – Seramai 15 mangsa banjir daripada empat keluarga di Kampung Awat, Batu Anam, di sini, dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Balairaya Kampung Awat selepas hujan lebat dan paras air Sungai Awat melimpah, pagi semalam. Salah seorang mangsa banjir, Norsyakila Kamarthay, 33,  berkata, air mula melimpahi tebing sungai serta memasuki rumahnya yang terletak kira-kira 50 … Read more

MAINJ sasar Johor sifar miskin lima tahun lagi

LABIS – Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) yakin sasarannya menjadikan negeri Johor sebagai negeri sifar fakir miskin dalam tempoh lima tahun akan datang mampu menjadi kenyataan. Penasihatnya, Datuk Nooh Gadut berkata, sehubungan itu pihak MAINJ sedang giat menjalankan usaha mengenalpasti golongan tersebut melalui Jelajah Asnaf yang diadakan ke setiap seluruh pelusuk negeri ketika ini. … Read more

Setia menjaga isteri sakit

LABIS – Seorang suami di Kampung Orang Asli Ulu Juaseh, di sini, sanggup meninggalkan kerja dan rutin hariannya semata-mata mahu menjaga dan berada di sisi isterinya yang menghidap barah saluran pernafasan tahap empat sejak tujuh bulan lalu. Wahab Teypia, 58, berkata, dia tidak boleh meninggalkan isterinya, Saayah Manggok, 58, untuk ke hutan mencari rezeki seperti … Read more

Pekebun kecil mahu bantuan IPG ditambah

SEGAMAT – Kebanyakan pekebun kecil getah di daerah ini meminta kerajaan agar menaikkan kadar harga jualan getah beku di peringkat ladang dan kadar bantuan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) kerana lebih 50 peratus pendapatan mereka berkurangan ketika ini. Penoreh getah, Mohd Pisal Idris, 62, berkata, sejak November lalu, Lembaga Getah Malaysia (LGM) menetapkan pekebun kecil akan … Read more