Waris Datuk Abdullah Mahat berkumpul semula

SEGAMAT – Pertemuan semula lebih 300 waris Datuk Abdullah Mahat yang pada mulanya bertujuan untuk menjalankan aktiviti gotong royong bagi membersihkan kawasan rumah peninggalannya di Buloh Kasap, di sini, telah mencetuskan idea untuk menubuhkan koperasi. Seorang waris, Raini Jaafar, 60, berkata, generasi Datuk Abdulah Mahat yang merupakan bekas Penghulu Buloh Kasap dalam tahun 40-an kini telah memasuki … Read more

BR1M tampung kos dialisis

SEGAMAT – Seorang wanita warga emas di Taman Suria, Buloh Kasap, di sini, akan menggunakan duit Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diterimanya di Dewan Serbaguna Jalan Genuang, di sini, baru-baru ini, untuk menampung kos rawatan dialisisnya. Menantunya, V Rajeswari, 40, berkata, disebabkan masalah kegagalan buah pinggang sejak 14 tahun lalu, kesihatan ibu mertuanya, P Punama, … Read more

Terkejut geran bertukar hak milik

SEGAMAT – Seorang warga emas di Labis, di sini, terkilan apabila mendakwa menjadi mangsa penipuan anak bongsunya melibatkan pertukaran nama hak milik tanah berkeluasan 2.43 hektar. Warga emas tersebut yang ingin dikenali sebagai Ros, 70-an, berkata, pada tahun 1999 dia menyerahkan geran tanah kebun getah miliknya kepada menantunya untuk dicagarkan kepada pihak bank. “Ketika itu … Read more

Denggi Di Johor Meningkat 179 Peratus

LABIS – Kes denggi bagi tempoh 14 minggu tahun ini sehingga 9 April lalu meningkat sebanyak 179 peratus dengan sejumah 5,559 kes berbanding hanya 2,000 kes bagi tempoh sama tahun lepas. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Dan Alam Sekitar  negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata,  daerah  Johor Bahru mencatat kes tertinggi dengan 80 peratus daripada keseluruhan kes denggi … Read more

Ibu bapa autisme perlu ketengahkan anak

SEGAMAT – Ibu bapa di negeri ini yang mempunyai anak autisme seharusnya tampil kehadapan bagi membolehkan anak mereka diberi rawatan dan pendidikan khusus selaras dengan penyakit yang dihidapi oleh mereka. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, ini kerana beliau mendapati ada di antara ibu bapa penghidap autisme yang malu untuk … Read more

Kajian untuk lihat masalah penyakit mata kanak-kanak di Malaysia

SEGAMAT – Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Pusat Kajian Komuniti Asia Tenggara (Seaco) sedang menjalankan satu kajian penyakit mata kanak-kanak di taman bimbingan kanak-kanak (Tabika) di daerah ini. Pakar Perunding Kanan Oftalmologi (Pediatrik) Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr A Joseph berkata, buat masa sekarang, pihaknya sedang dalam proses mengumpul data melibatkan lima kawasan mukim di daerah … Read more

Rebut Peluang Tambah Pelaburan

LABIS – Ahli Koperasi Peserta Felcra negeri ini digesa untuk merebut peluang menambah pelaburan mereka kerana dividen yang diberikan oleh koperasi tersebut setakat ini lebih tinggi berbanding dividen yang diberikan  oleh institusi kewangan mahupun saham amanah. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, terdapat 11,900 peserta tanah rancangan Felcra di selruh … Read more

Amil perlu jadi individu pertama bantu

SEGAMAT – Majlis Agama Islam Johor (Maij) mahu amil-amil yang dilantik di negeri ini bertindak sebagai individu pertama yang menyalurkan bantuan kepada mangsa musibah dan asnaf di kawasan mereka. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Rofiki Shamsuddin berkata, amil-amil ini juga boleh dianggap individu terpenting kerana mereka merupakan golongan yang menguruskan dua tanggungjawab asas iaitu mengutip dan … Read more

Pelatih PDK dinobatkan Tokoh Autisme

SEGAMAT – Seorang pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Nurkasih, Felda Pemanis, di sini, yang juga penhidap autisme dinobatkan sebagai Tokoh Autisme peringkat daerah Segamat. Mohd Azmeer Ithnin, 26, berkata, dia mula dikesan menghidap penyakit tersebut ketika berusia dua tahun selepas mengalami deman panas sehingga menjejaskan pertuturan dan perkembangan mindanya. “Ketika itu, saya mula mengalami … Read more

Tragedi ribut waktu Maghrib

SEGAMAT – Angin kencang beserta hujan lebat yang melanda daerah ini petang semalam mengakibatkan beberapa buah rumah kedai dan rumah peneroka di Felda Pemanis 1 dan Felda Pemanis 2, di sini, mengalami kerosakan. Salah seorang mangsa, Mohd Hashim Maharan, 63, berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, dia bersama isterinya, Tijah Germinah, 55, sedang … Read more