LABIS – Ahli Koperasi Peserta Felcra negeri ini digesa untuk merebut peluang menambah pelaburan mereka kerana dividen yang diberikan oleh koperasi tersebut setakat ini lebih tinggi berbanding dividen yang diberikan  oleh institusi kewangan mahupun saham amanah.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, terdapat 11,900 peserta tanah rancangan Felcra di selruh negeri Johor ketika ini di mana kesemua mereka adalah ahli koperasi di kawasan masing-masing.

“Dengan keluasan tanah tanah rancangan Felcra di negeri ini mencecah 30,000 hektar dan perolehan koperasi mencecah RM 30 juta setahun, koperasi peserta Felcra merupakan platform terbaik untuk peserta membuat pelaburan.

“Peluang terbaik bagi masyarakat menceburkan diri dalam pelbagai cabang peniagaan serta pelaburan adalah melalui koperasi,” katanya berucap merasmikan Mesyuarat Agong Koperasi Peserta Felcra Pogoh di Dewan Majlis Daerah Labis di sini baru-baru ini.

Ayub (dua dari kiri) menyerahkan surat kelulusan permohonan hak milik kepada salah seorang waris peserta Felcra Pogoh
Ayub (dua dari kiri) menyerahkan surat kelulusan permohonan hak milik kepada salah seorang waris peserta Felcra Pogoh

Katanya, ketika ini terdapat 29 buah koperasi peserta Felcra di seluruh Johor ketika ini dengan modal pusingan melebihi RM 2 juta.

Dalam masa sama, beliau turut mengingatkan agar semua ahli agar sentiasa memberi sokongan kepada organisasi dan ahli lembaga haruslah dilantik  dalam kalangan mereka yang berintergriti tinggi bagi memasti perjalanan serta pengurusan koperasi berjalan lancar.

Menurutnya, pengurusan koperasi perlu bijak merebut peluang untuk membuat pelaburan dalam pelbagai bidang yang boleh memberi menfaat kepada semua ahli serta koperasi itu sendiri.

“Ahli harus faham, jumlah pelaburan yang sedikit tidak akan memberi pulangan lumayan dan ahli harus bijak untuk menambah pelaburan mereka dimana cara yang paling mudah adalah melaburkan kembali dividen yang diperolehi sebagai tambahan modal.

“Apa yang perlu, ahli harus bersatu untuk melebarkan sayap dalam bidang yang diceburi, bukan hanya menuding jari atau bertindak secara tidak matang sekiranya terdapat sebarang masalah, sebaliknya harus menggunakan saluran yang betul serta berhemah,” katanya.

(Visited 259 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!