Gilap bakat atlet sedia ada untuk Sukan Sea 2017

SEGAMAT – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Sukan Negara (MSN) perlu menggilap bakat atlet yang sedia ada bagi persediaaan menjelang Sukan Sea 2017 di Kuala Lumpur, tahun hadapan. Bekas pelari pecut negara, Asisten Komisioner Rabuan Pit berkata, kejayaan pelari pecut muda negara, Badrul Hisyam Abdul Manap melakar sejarah dalam Kejohanan Sukan Sekolah Asean … Read more

Ambil alih tanggungjawab suami

LABIS – Seorang isteri di Felda Tenang, di sini, tepraksa mengambil tanggungjawab suaminya untuk menguruskan keluarga selepas suamniya disahkan lumpuh separuh badan akibat serangan strok sejak bulan Mac tahun lalu. Nor Azean Abu Bakar, 39, berkata, buah pinggang suaminya, Azhan Haron, 51, juga turut disahkan tidak berfungsi akibat penyakitnya itu sehingga terpaksa menjalani rawatan dialisis … Read more

Pengusaha keledek rugi akibat cuaca panas

SEGAMAT – Akibat cuaca panas melampau yang melanda negeri ini, beberapa petani di kawasan Zon Pengeluaran Makanan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Chemplak, di sini, mendakwa mengalami kerugian. Salah seorang petani, Khairuddin Ahmad, 46, berkata, kerugian yang dialami olehnya dan beberapa petani lain yang mengusahakan tanaman keledek di atas tanah seluas kira-kira 30 ekar juga mencecah … Read more

Peminjam AIM usah culas bayar pinjaman

LABIS – Seramai 2,000 wanita daripada golongan miskin dan berpendapatan rendah di daerah ini berjaya dibimbing menjadi usahawan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dengan nilai pembiayaan lebih RM18 juta sejak empat tahun lalu. Adun Tenang, Mohd Azahar Ibrahim berkata, apa yang lebih membanggakan adalah jumlah bayaran balik pembiayaan adalah seratus peratus sekaligus membuktikan kejayaan AIM membimbing usahawan … Read more

Ambil cuti sebulan jaga suami derita kanser

SEGAMAT – Seorang isteri di Taman Indah, Kampung Tengah, di sini, terpaksa mengambil cuti selama sebulan semata-mata untuk menjaga suaminya yang kini terlantar akibat menghidap kanser hati tahap empat. Rosismalinda Ismail, 26, berkata, sejak suaminya, Rashid Abdullah, 29, disahkan menghidap kanser hati pada awal bulan Februari lalu, dia segera memohon cuti daripada majikannya semata-mata untuk … Read more

Terkejut bumbung tercabut

SEGAMAT – Sepasang suami isteri di Bandar IOI, di sini, yang dalam perjalanan pulang melawat anak sulungnya di sebuah hospital di Johor Bahru terkejut apabila dimaklumkan bumbung rumah mereka diterbangkan ribut. Mohd Jamaluddin Shahrul Imam, 49, berkata, dia dan isterinya, Hayati Ahmad, 47, dimaklumkan mengenai kejadian tersebut oleh anak bongsunya, Mohd Haikal Aizat, 17, yang … Read more

Luangkan masa 10 minit baca buku

SEGAMAT – Program Jom Baca Bersama 10 Minit yang diadakan serentak di seluruh negara, perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat di negeri sebagai langkah awal memupuk budaya amalan membaca buku. Pengerusi Jom Baca Negeri Johor, Norshida Ibrahim berkata, budaya membaca dalam kalangan masyarakat di negara ini secara khususnya dilihat kurang mendapat sambutan jika dibandingan dengan rakyat … Read more

Ungkit semula peristiwa 16 tahun lalu

SEGAMAT – Seorang ibu tunggal di Kampung Chodan, di sini, menganggap peristiwa hitam kehilangan suaminya akibat kemalangan jalan raya 16 tahun lalu berulang kembali apabila anak lelakinya pula maut dalam kemalangan jalan raya. Jamilah Shawal, 63, berkata, kemalangan jalan raya melibatkan anak lelakinya, Anuar Jantan, 39, di Jalan Labis-Segamat pada malam Sabtu lalu mengingatkannya kembali … Read more

Teruja dapat salam TMJ

SEGAMAT – Hasrat bekas pemain bola sepak yang pernah mewakili Johor dalam saingan Liga Malaysia dan Piala Malaysia pada tahun 2000 untuk menonton bola di Stadium Tan Sri Datuk Haji Hassan Yunos, Larkin, menjadi kenyataan. Mohd Yussalman Jusoh, 36, yang lumpuh daripada paras bahu ke bawah selepas terlibat dalam kemalangan pada tahun 2011 berkata, dia … Read more

Bina medan selera baharu

SEGAMAT – Yayasan Majlis Daerah Segamat (YMDS) akan mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan dengan membangunkan sebuah medan selera di atas kawasan lapang berhampiran Dewan Masjid Bandar IOI, di sini, pada tahun ini. Pengerusi YMDS, Datuk Ayub Rahmat berkata, medan selera baharu tersebut yang berkeluasan 21 lot gerai itu akan dibina dengan kos RM3.3 juta melalui … Read more