Variasi menu burger baharu

MENJUAL burger nyata mampu memberikan pulangan lumayan kepada peniaga jika ia diuruskan dengan sistematik selain mewujudkan variasi menu baharu buat pelanggan.Bagi pemilik gerai Santai Burger Kukus, Rozi Hassan, 45, dia mengetengahkan menu burger kukus sebagai kelainan dalam perniagaan menjual makanan ringkas itu dan menjadi peniaga burger kukus pertama di Segamat.Menurutnya, gerainya yang terletak di Jalan … Read more

Ops Lejang tumpu sekitar Labis

LABIS – Bagi mengurangkan kejadian jenayah di sekitar daerah kecil Labis, satu Ops Lejang dilakukan anggota Balai Polis Labis, dengan menumpukan beberapa lokasi sekitar Labis dan taman perumahan. Ketua Balai Polis Labis, Inspektor Chan Kok Chuan berkata, beberapa anggotanya juga telah keluar bersama membuat rondaan pencegahan jenayah dan pemeriksaan di beberapa jalan yang dikenalpasti sebagai … Read more

Pulut periuk kera hidangan eksotik

Masyarakat hari ini mungkin hanya mengetahui periuk kera merupakan tumbuhan meliar di hutan selain dijadikan tanaman hiasan yang eksotik oleh penggemar pokok hiasan. Namun bagi pasangan Abdullah Kayan, 46, dan isterinya, Norashikin Salimin, 41, yang tinggal di Kampung Tenang, Labis ini, periuk kera bukan sekadar tumbuhan liar atau tanaman hiasan semata-mata, sebaliknya merupakan sumber rezeki bagi … Read more

Buah mata kucing diancam kepupusan

LABIS – Pokok buah mata kucing yang dahulunya banyak di sekitar kawasan Labis kini semakin berkurangan disebabkan kurangnya usaha untuk menanam semula pokok tersebut sehingga mengakibatkan tanaman tersebut semakin dilupakan. Mohd Yusof Idris, 54, salah seorang pemilik dusun buah mata kucing di Kampung Tenang, di sini, berkata, buah mata kucing memberi pulangan lumayan kepada dirinya … Read more

Pembuatan lukah kesenian yang semakin dilupakan

POGOH – Pelbagai kaedah tradisional digunakan oleh masyarakat Melayu di kawasan kampung dan pedalaman untuk menangkap ikan di sungai seperti jala, jaring, pancing dan turut tidak terkecuali dengan memasang lukah atau bubu. Lukah yang kebiasaannya mempunyai pelbagai saiz dan lazimnya berukuran satu meter ukur lilit dan satu setengah meter panjang mempunyai satu atau dua injap … Read more

Musim yang ditunggu kaki pancing

SEGAMAT – Spesies ikan lais tidak seperti ikan baung, patin, kelah dan toman yang boleh dipancing pada bila-bila masa asalkan kena pada lubuknya, sebaliknya pemburuan ikan lais adalah bermusim. Ini kerana, musim memancing ikan lais ini hanya datang antara dua atau tiga tahun sekali bergantung kepada keadaan air sungai dan musim banjir dan sememangnya musim … Read more

Restoran RZ saji hidangan enak

Assalamualaikum dan salam Segamat Selamat. Apabila bercerita mengenai juadah dan makanan yang menjadi identiti di daerah ini, secara tidak langsung pasti akan terbayangkan keenakan serta kelazatan ikan baung dan udang galahnya sehinggakan dua hidangan tersebut yang mengangkat nama daerah ‘Segar Amat’ ini. Jika buah-buahan pula, aroma durian pula terus menusuk ke sanubari dan durian Segamat … Read more

Ibu tunggal maut ditanduk kerbau

SEGAMAT: Seorang wanita berusia 46 tahun maut diserang kerbau mengamuk di Kg Mensudut Pindah, Batu Anam, Segamat 11.30 pagi tadi. Kejadian berlaku ketika Rosnani Wahid dikatakan cuba menghalau haiwan itu menjauhi pokok getah yang mahu ditorehnya. Namun mangsa tidak menyedari kerbau betina itu sedang cuba melepaskan diri apabila talinya tersangkut pada akar pokok getah. Saksi … Read more

58 tahun tidak pernah jamah nasi

SEGAMAT – Seorang lelaki di Felda Kemelah, di sini, mempunyai keistimewaan tersendiri apabila sepanjang hidupnya tidak pernah menjamah nasi sebaliknya bergantung kepada makanan yang berasaskan tepung dan buah-buahan sahaja. Adon Mohd, 58, berkata, disebabkan tabiat peliknya itu, penduduk setempat menggelarnya dengan gelaran ‘Adon Tepung‘ dan bagi dirinya itu adalah satu kelebihan yang terdapat pada dirinya … Read more

Keunikan dan sejarah Kampung Desa Temu Jodoh

SEGAMAT – Pengunjung yang pertama kali datang ke daerah Segamat melalui pekan Yong Peng pasti akan menoleh untuk kali kedua apabila melintasi Kampung Desa Temu Jodoh, Chaah, dekat sini, disebabkan oleh keunikan namanya. Perkampungan yang dibuka kira-kira 30 tahun lalu itu terletak kira-kira 20 kilometer (km) dari pekan Yong Peng, Batu Pahat dan 60 km … Read more