Jumpa bayi di belakang rumah

SEGAMAT – Seorang penduduk di Kampung Logah, di sini, tidak menyangka tangisan yang didengarinya pada awal pagi tadi merupakan tangisan seorang bayi yang dipercayai dibuang. Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, bayi perempuan tanpa seurat benang terbabit ditemui dalam keadaan tertiarap di atas rumput di belakang sebuah rumah penduduk. Lebih memilukan, bayi seberat dua … Read more

Sultan mencemar duli ke Segamat buat kali kedua

SEGAMAT – Penduduk daerah ini sekali lagi bertuah apabila Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan mencemar duli untuk kali kedua pada bulan yang sama. Pada cemar duli yang pertama pada 4 Januari lalu, baginda berkenan untuk melawat serta menyampaikan bantuan kepada 25 mangsa banjir Kampung Seberang Batu Badak di Balairaya Kampung Gemereh 4, … Read more

Sate 30 sen secucuk

Sate 30 sen : Kanak-kanak percuma secucuk dan diskaun kepada warga emas SEGAMAT –  Ketika masyarakat di seluruh negara membincangkan mengenai kenaikan harga barang keperluan termasuk harga makanan dan minuman, seorang peniaga sate di daerah ini hanya menjual sate pada harga 30 sen secucuk. Peniaga tersebut, Samsuddin Mohamad, 56, berkata, dia yang hanya berniaga sate … Read more

Polis Segamat lipatgandakan usaha banteras judi pada tahun ini

SEGAMAT – Polis daerah ini akan sentiasa melipatgandakan usaha untuk membanteras kegiatan judi di daerah Segamat pada tahun ini sama ada melibatkan judi atas talian, judi ekor haram dan judi dalam bangunan. Ketua Polis Daerah Segamat, Supritendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, sejak Oktober tahun lalu sehingga awal Januari tahun ini, pihaknya telah membuat 21 serbuan … Read more

Hospital Segamat cari waris mayat

SEGAMAT – Hospital Daerah Segamat (HDS) ingin meminta bantuan orang ramai bagi mengesan waris kepada satu mayat yang tidak dituntut yang kini berada di rumah mayat HDS. Pengarahnya, Dr Aman Rabu berkata, mayat lelaki yang hanya dikenali sebagai Nasir dan dianggarkan berumur 40 tahun itu tidak dituntut oleh warisnya melebihi 72 jam. “Selain nama yang … Read more

Maut selepas kenderaan terbabas

SEGAMAT – Seorang pemuda yang sedang dalam perjalanan ke tempat kerjanya maut selepas kereta yang dipandu hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan di Jalan Tahang Rimau, di sini, semalam. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Abdullah, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Herman Amat berkata, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 6.10 pagi semalam menyebabkan mangsa, T Vellu, … Read more

Tinggal sehelai sepinggang selepas rumah musnah terbakar

SEGAMAT – Sebuah keluarga di Felda Pemanis 1, di sini, tinggal dalam keadaan sehelai sepinggang apabila rumah mereka musnah terbakar dalam kejadian kira-kira pukul 9.45 malam kelmarin. Mohamad Nor Husin, 61, berkata, ketika kejadian dia bersama isteri, Habshah Siron, 56, bersama anak, menantu, serta cucunya tiada di rumah kerana keluar ke bandar untuk mengisi minyak … Read more

Sanggup tangguh pengajian untuk jaga bapa sakit

LABIS – Seorang anak di Taman Suria, di sini, sanggup menangguhkan pengajiannya selama satu semester di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) semata-mata untuk menjaga bapanya yang sedang sakit. Nurul Atikah Halidek, 20, berkata, dia yang mengambil jurusan Rekaan Grafik di Kolej Cosmopoint Johor Bahru terpaksa berbuat demikian selepas bapanya, Halidek Dahalan, 51, disahkan menghidap penyakit … Read more

Pejabat JPJ Cawangan Segamat Berpindah

SEGAMAT – Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Segamat yang dahulu beroperasi di Bandar Utama kini bertukar lokasi ke Taman Genuang Perdana bersebelahan Pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Segamat. Orang ramai yang ingin melakukan urusan berkaitan seperti memperbaharui lesen dan insurans kenderaan juga lebih mudah dan selesa kerana turut disediakan lot parkir kenderaan yang … Read more

Sultan Johor lawat mangsa banjir

SEGAMAT – Banjir yang melanda daerah ini sejak Sabtu lalu mendapat perhatian dari Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang berkenan melawat mangsa di pusat pemindahan banjir di Balairaya Gemereh 4, di sini, hari ini. Baginda yang diiringi oleh Pegawai Daerah Segamat, Ahmad Ma’in dan ketua-ketua jabatan di daerah ini tiba di Balai Raya Gemereh … Read more