SEGAMAT – Kerajaan negeri menyambut baik cadangan Kementerian Kesihatan berkenaan had umur membeli dan menjual rokok yang akan dinaikkan kepada 21 tahun dengan penggubalan undang-undang baharu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, langkah itu adalah satu tindakan wajar kerana had umur 18 tahun sebelum ini kebanyakannya masih bersekolah sama ada di peringkat matrikulasi atau diploma.

“Jumlah perokok di negara ini termasuk perokok wanita dan pelajar sekolah semakin meningkat meskipun pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan termasuk mewartakan kawasan tambahan larangan merokok.

“Selain itu, sebanyak 23 peratus remaja di negara ini dalam lingkungan umur 15 hingga 18 tahun dikesan menghisap rokok dan ini jumlah perbelanjaan yang digunakan untuk membeli rokok juga begitu besar terutamanya kepada pelajar,” katanya.

Ayub yang juga Adun Kemelah berkata kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Perujian Membaca Al-Quran Murid-Murid Sekolah Agama Kerajaan Johor peringkat daerah Segamat di Dewan Serbaguna Felda Redong, di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, peraturan baharu ini juga mungkin mampu membantu matlamat kerajaan untuk mengurangkan kadar perokok daripada 23 peratus pada masa ini kepada 16 peratus pada tahun 2025.

“Pelaksanaan peraturan baharu ini menjelang bulan Ramadan juga merupakan waktu terbaik bagi perokok tegar di negeri ini melatih diri mengurangkan pengambilan rokok dan sekaligus membebaskan diri daripada aktiviti tidak sihat itu.

“Ini kerana, pengambilan rokok selepas berbuka amat merbahaya buat orang yang berpuasa kerana badan mereka dalam keadaan memerlukan air dan tenaga setelah seharian suntuk berpuasa,” katanya.

Kelmarin, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, peraturan itu akan dilaksanakan dalam Akta Kawalan Tembakau dan Merokok (termasuk rokok elektronik) yang drafnya kini disediakan.

Menurutnya, akta yang akan menggantikan Akta Makanan 1983 berkaitan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau itu yang mengandungi larangan pembelian dan penjualan rokok bagi mereka yang berumur 21 tahun ke bawah, akan dibentangkan di Parlimen tahun hadapan.

(Visited 156 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!