Buat julung kalinya Dataran Segamat akan menjadi saksi perhimpunan yang mengangkat kembali martabat persilatan Melayu lama yang dinamakan Festival Gempita Hulubalang Melayu (FGHM)

Program ini yang dianjurkan oleh Pertubuhan Komuniti Belia 1 Malaysia dijangka melibatkan seramai 500 ahli dikalangan 12 gelanggang silat yang terdapat di daerah Segamat, Ledang dan Muar.

Pada dasarnya festival ini bertujuan untuk menarik golongan muda mendalami ilmu persilatan Melayu yang bukan sahaja sebagai warisan persembahan tetapi sebagai keperluan untuk keselamatan diri, keluarga dan masyarakat.

Selain daripada itu secara tidak langsung ia juga dapat membina jatidiri, semangat juang yang tinggi serta mendisiplinkan diri dalam menghadapi cabaran hidup generasi masa kini.

Festival Gempita Hulubalang Melayu
Festival Gempita Hulubalang Melayu

Festival yang akan diadakan pada hari ini, 12 Jun 2015 akan bermula dengan perarakan peserta di sebelah petang lengkap berpakaian busana persilatan Melayu dari Jalan Awang menuju ke Dataran Segamat.

Seterusnya perbarisan setiap gelanggang di Dataran Segamat sebelum upacara pembukaan gelanggang yang akan diketuai oleh wakil dari PESAKA Segamat.

Kemudian setiap wakil daripada 12 gelanggang silat tersebut akan mempersembahkan tari festival sebagai simbolik penyatuan gelanggang persilatan.

Pada sebelah malamnya pula akan diadakan pelbagai persembahan menarik antaranya persembahan tempur bersenjata.

Apa yang menarik, kehadiran artis tempatan seperti Nasir Bilal Khan (Tanah Kubur) dan Ruzaidi Abd Rahman (Pelakon/Pesilat Negara) dijangka dapat memeriahkan lagi Festival Gempita Hulubalang Melayu.

(Visited 485 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!