Anda peminat Datuk Rosyam Noor, Fizo Omar dan Ali XPDC? Teruja dengan bakat lakonan, keperibadian dan minda usahawan mereka?

Klik sini untuk daftar Seminar Usahawan Segamat 2016

Bagi penduduk daerah Segamat yang ingin berjumpa dengan aktor berbakat besar dan versatil ini, jangan lepaskan peluang keemasan anda dengan menghadiri Program Bicara Usahawan Selebriti bersama Datuk Rosyam Noor pada 2 Jun ini di Dataran Segamat pada pukul 3.30 petang.

Pada malamnya pula, pengunjung karnival akan dihidangkan dengan slot agama Bicara Motivasi Hijrah Bersama Ali XPDC pada pukul 8.30 malam dan slot ini akan membawa pengunjung menyelusur kembali bagaimana bekas vokalis kumpulan rock ini terlibat dengan usaha dakwah dan ketuhanan.

Banner Karnival Keusahawanan Segamat Minggu PKS 2016
Banner Karnival Keusahawanan Segamat Minggu PKS 2016

Selain Rosyam Noor dan Ali XPDC, artis lain yang akan memeriahkan Karnival Keusahawanan Segamat sempena Minggu PKS 2016 ini ialah Fizo Omar yang merupakan usahawan Hot Burger dan mempunyai francais di seluruh Malaysia dan juga merupakan suami kepada taikun tudung jenama Fareeda, Mawar Abdul Karim.

Fizo akan menemui usahawan dan penduduk Segamat pada Program Netpreuneur Bersama Fizo Omar pada hari kedua iaitu 3 Jun (Jumaat) pada pukul 3 petang dan melalui slot ini, golongan sasar akan didedahkan dengan teknik pemasaran menggunakan internet dan atas talian.

Tentatif Program sepanjang Karnival Keusahawanan Segamat
Tentatif Program sepanjang Karnival Keusahawanan Segamat

Selain itu, terdapat pelbagai lagi pengisian menarik sepanjang tiga hari karnival ini berjalan seperti Pertandingan Buskers Anak Muda Segamat, Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak, Pertandingan dan Pameran Motosikal Cantik, Pertunjukan Fesyen Busana Aidilfitri dan banyak lagi.

Disamping itu juga di karnival ini juga turut diadakan jualan makanan dan minuman yang dibawakan khas oleh Persatuan Food Truck Johor Bahru antaranya Burger Evo, Big Chef OTR, D & D Corner, Brader Doug Food Truck, Charek Food Truck, G & G Dessert, Salys Western Food dan KGP Cool.

Pertandingan Buskers Anak Muda Segamat
Pertandingan Buskers Anak Muda Segamat

Bagi usahawan dan mereka yang berminat ingin menjadi usahawan, terdapat pelbagai seminar untuk memperkasakan lagi perniagaan mereka seperti sesi taklimat Informasi Harta Intelek Oleh Agensi Kerajaan-MyIpo, taklimat pembiayaan agensi kerajaan seperti TEKUN, MIDA, HDC, AIM, MARA, SME Bank dan Matrade.

Apa yang paling menarik perhatian Komuniti Segamat adalah Cabaran Idea Usahawan Muda dalam mencari idea inovatif di dalam dunia keusahawanan yang kompetitif dan menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM5,000 untuk dimenangi dan terbuka kepada golongan belia atau pemilik syarikat Bangsa Johor berusia di antara 18-30 tahun dan keutamaan diberikan kepada penuntut/bekas penuntut IPT/institut kemahiran/Kolej Komuniti.

Cabaran Idea Usahawan Muda
Cabaran Idea Usahawan Muda

Selain itu, para pengunjung dan usahawan juga boleh mengambil peluang penganjuran karnival ini untuk menilai semula secara ‘check and balance‘ perniagaan mereka selain mengambil peluang usaha kerajaan negeri Johor untuk menjadikan daerah Segamat sebagai hub pertanian.

Pertunjukan Fesyen Busana Aidilfitri 2016
Pertunjukan Fesyen Busana Aidilfitri 2016

Kami di Komuniti Segamat juga yakin terdapat pelbagai informasi berguna kepada usahawan dan pengunjung sepanjang karnival ini berlangsung dan pada masa objektifnya untuk melahirkan lebih ramai usahawan dapat dicapai. Seharusnya, peluang keemasan ini harus dimanfaatkan sepenuhnya kerana usahawan yang bijak ialah mereka yang merebut segala peluang yang terhidang di hadapan mereka.

Klik sini untuk daftar Seminar Usahawan Segamat 2016

Keterangan lanjut boleh hubungi :-

En Mohd Firdaus Hamid – 0137107967
En Hairulnizam Mohd Jan – 0187770150.

(Visited 1,748 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!