Tahukah anda, bagaimana untuk mengetahui kondisi telur?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Mungkin penulisan ringkas ini dapat membantu suri rumah atau sura rumah sebelum memecahkan telur yang banyak secara tiba-tiba telur yang terakhir adalah telur tembelang (rosak), maka rugilah kita terpaksa membuang semua telur yang telah dipecahkan di dalam bekas.

Insyallah gambar ini boleh memberi kita idea dan berhati-hati jika ingin memecahkan telur.

Telur yang kondisinya sudah terlalu lama juga tidak bagus untuk dimakan dan jika digoreng pada minyak yang panas ianya akan banyak mengeluarkan letupan kecil seolah-olah kita mencurahkan air ke dalam minyak yang panas.

Biar gambar berbicara.

Keadaan telur di dalam air menentukan tarikh telur
Keadaan telur di dalam air menentukan tarikh telur

Leave a Comment