LABIS – Pemain dram kumpulan rock lagenda, Seacrh tidak mahu menjadikan keadaan kesihatan dirinya sebagai penghalang untuk meneruskan perjuangan dalam bidang muzik yang sudah menjadi darah dagingnya sejak hampir 40 tahun lalu.

Yazid atau nama sebenarnya, Yazid Ahmad, 54, berkata, beliau kini sedang giat mengadakan bengkel muzik di sekitar Johor bagi mencurahkan pengalaman yang dimiliki dalam bidang muzik kepada golongan muda yang berminat.

“Industri muzik ini sudah menjadi darah daging saya selama ini dan tidak semudah itu untuk saya meninggalkan bidang ini yang telah memberi pelbagai pengalaman suka duka kepada saya.

“Malah bagi saya, muzik merupakan terapi dalam keadaan kesihatan saya yang semakin menurun akibat penyakit buah pinggang dan sehingga kini saya masih belum mendapat penderma buah pinggang yang sesuai,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita sewaktu program Ziarah Seni dan mengadakan bengkel muzik di Balairaya Perumahan Awam Labis, di sini, kelmarin.

Pada masa sama, beliau tidak pernah mengisytiharkan untuk keluar dari kumpulan Seacrh dan sehingga kini masih merupakan anggota sah kumpulan tersebut selagi tidak mengumumkan pengunduran dirinya.

“Hasrat saya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap rakan ahli kumpulan ini atas dakwaan pecah amanah dan melanggar kontrak akan tetap diteruskan, cuma ketika ini saya masih belum dapat memaklumkan waktu yang tepat.

“Ketika ini pun saya tidak lagi dilayan sebagai salah seorang anggota kumpulan tersebut selepas mereka tidak lagi mempelawa saya untuk turut serta dalam sebarang persembahan dan konsert,” katanya.

Menurutnya, sepanjang beliau terlantar sakit akibat komplikasi buah pinggang sebelum ini, hanya sekali rakan-rakan dari kumpulan tersebut melawatnya iaitu ketika beliau dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Johor Bahru.

Bagaimanapun, beliau mengetahui lawatan itu dilakukan secara kebetulan selepas kumpulan tersebut diundang untuk mengadakan persembahan di Johor Bahru dan tindakan tersebut membuatnya sedikit terkilan.

(Visited 527 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!