Sejak kebelakangan ini riuh diperkatakan dikalangan pengamal perubatan bahawa ada cadangan daripada pihak tertentu untuk melaksanakan Pengasingan Dispensi. Orang awam seperti kita tidak semua tahu apakah yang dikatakan Pengasingan Dispensi itu.
Baru-baru ini penulis berkesempatan hadir ke satu Program Sidang Media Membantah dan Menolak Pengasingan Farmasi & (RUFF) Pharmacy Bill 2015 yang telah dianjurkan oleh Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia (PERDIM), MMA dan MPCAM di Hotel Koptown Segamat.
Adalah menjadi tanggungjawab kami untuk menyampaikan maklumat ini kepada komuniti setempat agar mengetahui serba sedikit apakah yang dimaksudkan dengan Pengasingan Dispensi.
Apakah Pengasingan Dispensi?
Pengasingan Dispensi adalah satu sistem dimana pesakit tidak lagi diberi bekalan ubat oleh doktor di klinik swasta sebagaimana sekarang. Pesakit akan membayar yuran konsultansi dan diberikan preskripsi ubat sahaja dan pesakit perlu membeli ubat di farmasi dengan membawa surat preskipsi ubat dari klinik swasta tersebut.
Sistem yang diamalkan sekarang
Doktor di klinik swasta mengenalpasti penyakit dan memberikan preskripsi ubat yang sesuai. Doktor juga memberikan penjelasan tentang ubat-ubatan yang tertentu manakala pesakit akan terus diberi ubat di klinik berkenaan.
![Antara peserta yang hadir ke Program Sidang Media Membantah dan Menolak Pengasingan Farmasi & (RUFF) Pharmacy Bill 2015 yang dianjurkan oleh Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia (PERDIM) di Hotel Koptown Segamat baru-baru ini](https://segamat.com.my/wp-content/uploads/2015/03/bantah-pengasingan-dispensi-01.jpg)
Apakah kesan perlaksanaan Pengasingan Dispensi ini?
- Pembaziran masa kerana lokasi farmasi dan klinik yang terletak di tempat yang berlainan
- Peningkatan kos pesakit untuk tranportasi dan bayaran tempat letak kereta
- Kelewatan mendapatkan ubat sekiranya sakit di luar waktu operasi farmasi
- Kelewatan mendapatkan bekalan ubat bagi kes-kes kecemasan dan memerlukan ubat segera
- Kelewatan mendapatkan ubat jika ubat yang dipreskripsi tiada dalam simpanan farmasi
- Tekanan psikologi bagi pesakit berat yang mengalami kecederaan dan pesakit warga emas
Comments