SEGAMAT – Seramai 144 usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Perusahaan Pekebun Kecil Getah (Risda) dan penerima Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) di daerah ini perlu memanfaatkan kewujudan eRezeki untuk menambah pendapatan mereka.

Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Abdul Manap berkata, ini kerana eRezeki ini membuka peluang kepada individu dan isi rumah berpendapatan rendah untuk meraih peluang menjana pendapatan menerusi kaedah dan teknologi digital.

“Selain eRezeki, terdapat juga eUsahawan iaitu program keusahawanan digital untuk pelajar-pelajar kolej vokasional dan usahawan mikro yang berminat menceburi perniagaan digital dan para peserta diberi diberi pendedahan teknik pemasaran digital yang efektik.

“Kita ingin melahirkan lebih ramai usahawan digital terutamanya di kalangan anak muda kerana tidak memerlukan lokasi yang besar mahupun kos yang tinggi untuk menyewa tempat untuk membuka perniagaan,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Seminar eRezeki dan eUsahawan anjuran Risda Daerah Segamat di Dewan Kolej Komuniti Segamat (KKS), di sini, baru-baru ini.

Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Risda Negeri Johor, Ahmad Fahmi Abd Shukor; Pegawai Risda Daerah Segamat, Nor Afzami Isa dan Pengarah KKS, Zazali Lazin.

Menurutnya, usaha kerajaan melalui Perbadana Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) juga dilihat tepat pada masanya apabila budaya anak muda ketika ini yang begitu rapat dengan sistem teknologi.

“Seperti usahawan dan penerima bantuan AET Risda di daerah ini, saya difahamkan mereka terlibat dalam pelbagai bidang seperti perkhidmatan, makanan, pembuatan serta pertanian dan mereka yang menggunakan platform digital ini untuk tujuan pemasaran juga masih kecil.

“Jadi, kedua-dua kaedah ini (eRezeki dan eUsahawan) ini memerlukan usaha dan latihan serta pencerahan kepada para peserta tentang cara untuk memperkenalkan perniagaan sedia ada kepada masyarakat luar melalui kaedah digital,” katanya.

Pada masa sama, beliau berharap agar MDEC dapat lebih memperbanyakkan seminar berkaitan eRezeki dan eUsahawan ini di kawasan luar bandar dan pedalaman agar kejayaan program ini lebih menyeluruh dan tidak tertumpu di kawasan bandar sahaja.

(Visited 545 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!