SEGAMAT – Rakyat di negeri ini perlu mengubah persepsi mereka mengenai penjagaan kesihatan iaitu ‘hanya jumpa doktor apabila sakit’ bagi mengelakkan keadaan penyakit menjadi lebih teruk dan kronik.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, walaupun secara fizikalnya seseorang itu kelihatan sihat, namun tidak semestinya mereka sihat sepenuhnya sebelum mendapat pemeriksaan dan pengesahan daripada doktor dan pakar kesihatan.

“Kebanyakan orang yang saya jumpa kata dia tidak sakit dan tidak memerlukan mereka berjumpa dengan doktor dan ini sebenarnya tidak betul kerana kita perlu menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala.

“Ada juga yang membuat pemeriksaan kesihatan apabila penyakit sudah berada pada tahap yang kritikal dan ketika ini doktor hanya mampu memberikan rawatan sahaja dan jika dapat dikesan pada peringkat awal mungkin boleh dicegah,” katanya.

Ayub yang juga Adun Kemelah berkata kepada pemberita selepas merasmikan Kem Nak Sihat Peringkat Daerah Segamat di Dewan Serbaguna Felda Redong, di sini, baru-baru ini.

Turut hadir ialah Pegawai Kesihatan Daerah Segamat, Dr Zaid Kassim; Pengarah Hospital Daerah Segamat (HDS), Dr Mokhtar Ahmad dan Pengurus Felda Redong, Rosli Abd Majid.

Menurutnya, saringan awal kesihatan diri merupakan satu perkara yang penting dan perlu dijadikan rutin bulanan bagi mengelak sesuatu penyakit menjadi lebih teruk termasuk golongan peneroka di kawasan Felda.

“Bagi mendapatkan saringan kesihatan, kita perlu menerapkan dalam diri kita bahawa kita bukan bebas sepenuhnya dari ancaman penyakit dan perlu buat pemeriksaan awal dan apa yang dibimbangkan adalah penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti darah tinggi dan kencing manis.

“Masyarakat juga perlu menerapkan amalan gaya hidup sihat dengan pengambilan makanan sihat dan senaman setiap minggu kerana kerajaan banyak melabur dalam sektor kesihatan melalui penubuhan klinik-klinik kesihatan termasuk di kawasan Felda ini,” katanya.

Pada masa sama, Ayub menegaskan bahawa kesilapan penggunaan dan pengambilan ubat-ubatan yang tidak sesuai terutamanya ubat-ubatan kawalan akan memberikan kesan buruk dan boleh mengundang maut kepada pesakit.

Menurutnya, setiap pesakit perlu mendapatkan rawatan dan nasihat daripada doktor atau ahli farmasi masing-masing dan jangan sesekali mencampurkan ubat-ubatan tanpa menerima nasihat doktor dan ahli farmasi.

(Visited 337 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!