LABIS – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan mencemar duli melawat pusat pemindahan banjir yang masih dibuka di daerah ini, pagi tadi.

Baginda yang diiringi oleh jurulatih pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Benjamin Mora dan beberapa pemain JDT seperti Syafiq Rahim, Marcos Antonio dan Aidil Zaquan Adha tiba di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Tenang, di sini, pada pukul 11.10 pagi yang menempatkan 189 keluarga dan 673 mangsa banjir.

Dalam lawatan singkat kira-kira 20 minit itu, baginda sempat beramah mesra dengan mangsa yang berada di pusat pemindahan tersebut sejak tiga hari lalu termasuk melawat seorang mangsa banjir yang terlantar disebabkan lumpuh.

Baginda juga turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan tersebut sebelum berangkat ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ai Chun Tenang Stesen yang menjadi pusat pemindahan mangsa banjir dari Kampung Lembah Bakti, di sini.

Sementara itu, Adun Tenang, Mohd Azahar Ibrahim berkata, beliau menyifatkan lawatan Tunku Ismail ke pusat pemindahan ini melambangkan keprihatinan baginda terhadap nasib dan keadaan rakyat di negeri ini.

“Semalam (semalam), Tunku Temenggung Johor, Tunku Idris Sultan Ibrahim juga berkenaan ke SJKC Ai Chun dan hari ini diikuti pula oleh Tunku Ismail dan saya sebagai wakil rakyat di Dun Tenang amat terharu dengan keprihatinan keluarga diraja ini.

“Keceriaan juga jelas terpancar di wajah mangsa-mangsa banjir ini dan kemungkinan, dalam masa terdekat ini mereka akan dibenarkan pulang ditambah pula dengan keadaan cuaca yang cerah sejak pagi ini” katanya.

Bagi ketua pusat pemindahan banjir SK Kampung Tenang, Khairul Nizam Abdul Manap, 38, berkata, dia menyifatkan kunjungan diraja itu sedikit sebanyak membawa sinar keceriaan kepada mangsa banjir yang tinggal di pusat pemindahan ini.

“Kami yang berada di pusat pemindahan ini juga terkejut apabila Tunku Ismail turut membawa jurulatih dan beberapa pemain JDT kerana selama ini kami hanya melihat wajah mereka di televisyen sahaja dan tidak sangka hari ini (semalam) kami dapat bertemu dengan mereka,” katanya.

(Visited 555 times, 1 visits today)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sign In

Register

Reset Password

Please enter your username or email address, you will receive a link to create a new password via email.

error: Alert: Content selection is disabled!!